Bila kita ada anak, banyak memori kita diwarnai dengan milestone yang mereka capai, senyuman pertama mereka, langkah pertama, perkataan pertama dan lain-lain.

Tapi, apa yang boleh anda lakukan jika salah satu dari perkembangan anak terlambat atau tak berlaku? Pada artikel ini, pihak theAsianparent Malaysia akan bercakap tentang perkembangan percakapan anak.

Anak speech delay dan anak lambat bercakap. Ada perbezaan ke?

Ada anak yang boleh bercakap dengan cepat, tapi ada juga anak yang boleh bercakap satu ke dua perkataan dan untuk masa yang lama hanya tahu baby talk.

Anak speech delay kadang-kadang bukan perkara yang terlalu merisaukan dan boleh dirawat dari masa ke masa. Tapi kadang-kadang, anak lambat bercakap juga boleh menjadi isu yang lebih serius menurut pakar.

Perkembangan percakapan setiap kanak-kanak adalah berlainan dan sukar untuk ibu bapa tahu jika anak mereka “lambat” bercakap. Kerana ini, anda perlukan bantuan pakar pertuturan.

Joan Lim dan Sheryl Lau yang bekerja untuk syarikat Therapy Inc. di Singapura membekalkan pelbagai servis disiplin untuk keluarga dan individu yang sedang mencari terapi pertuturan, terapi pekerjaan dan bantuan pembelajaran.

 

Foto: The HIE Help Center

Kami tanyakan mereka beberapa soalan tentang apa beza anak speech delay dan anak lambat bercakap dan berikut adalah maklumat yang mereka berikan:

Bila anak sepatutnya sudah boleh mula bercakap?

Anak biasanya akan mula cakap perkataan pertama mereka ketika hari jadi pertama mereka.

Perkataan pertama biasa mereka termasuk, “mama”, “papa” dan “susu”, tapi kadang-kadang mereka juga boleh cakap “NO!” dan “uh oh”!

Kosa kata mereka akan berkembang dengan cepat dan apabila mereka mencapai usia 18 bulan, mereka akan boleh sebut lebih kurang 50 perkataan.

Ada perbezaan ke antara anak speech delay dan anak lambat bercakap?

Anak lambat bercakap dan anak yang ada gangguan percakapan (speech delay) kedua-duanya akan mula bercakap lambat. Anak tanpa gangguan percakapan (anak lambat bercakap) biasanya boleh pulih bila mereka banyak bercakap dengan rakan sebaya tanpa apa-apa campur tangan.

Anak speech delay pula selalunya akan ketinggalan dan memerlukan campur tangan untuk mengelakkan jarak ketinggalan mereka menjadi lebih besar apabila mereka membesar.

Gangguan percakapan (masalah dengan sebutan) boleh menjadi lebih ketara pada bila-bila masa dan ibu bapa perlu bercakap dengan pakar pertuturan jika anak buat sebutan yang salah pada umur yang tak sepatutnya.

Apa ciri-ciri anak lambat bercakap?

Anak lambat bercakap mungkin akan cakap perkataan pertama mereka selepas umur 18 bulan.

Pakar perkembangan pertuturan dan bahasa menjangkakan anak akan bercakap ayat dua perkataan seperti, “nak susu” pada usia 2 tahun dan tiga patah perkataan seperti, “mama, nak makan” pada usia tiga tahun dan seterusnya.

Jika mereka mula menggunakan gabungan perkataan lebih lambat dari jangkaan, dan mereka kelihatan lebih memahami dari apa yang mereka cakap, ini adalah ciri-ciri anak lambat bercakap.

Mereka juga mungkin akan bercakap baby talk untuk jangka masa yang lama.

Jadi, penting utnuk anda pastikan mereka capai perkembangan yang dijangkakan ini selepas mereka mula bercakap.

 

Foto: Parenting NH

Betul ke anak lelaki lebih lambat bercakap dari anak perempuan?

Ya, umumnya, anak lelaki mula bercakap lebih lambat dari anak perempuan.

Walau bagaimanapun, setiap orang berbeza. Ada lelaki yang boleh bercakap lebih awal dari perempuan. Namun, gangguan perkembangan dan bahasa, autisme dan gagap biasanya lebih banyak terjadi pada lelaki.

Bila anda perlu risau jika anak speech delay?

Anda perlu cari bantuan jika anak:

  • tak mula bercakap ketika usia 18 bulan.
  • sukar untuk faham arahan rutin mudah.
  • Tak melakukan eye contacy dan tak berminat dengan orang.
  • tak tunjuk atau beri isyarat tentang perkara yang mereka mahukan
  • hanya bercakap menggunakan huruf vokal seperti, ah, ohh dsb

Apa yang boleh anda buat di rumah untuk galakkan anak bercakap?

  • Berikan anak sebab untuk berkomunikasi

Anda boleh buat perkara seperti berikan mereka mainan kesukaan mereka satu per satu supaya mereka ada peluang untuk “minta lebih” dan berlatih untuk mengambil giliran bercakap dan kemahiran komunikasi yang lain.

Anda boleh pura-pura tak tahu apa yang anak anda suka dan tak suka dan berikan mereka benda yang mereka tak suka supaya mereka ada peluang untuk cakap “no”.

Cakap banyak dengan anak, tapi pastikan ia pendek supaya mudah untuk anak meniru anda.

Gunakan gerak badan dan isyarat untuk menambahkan maksud pada perkataan yang anda cakapkan

Adakah speech delay itu tanda gangguan perkembangan lain?

Speech delay mungkin boleh menjadi indikasi yang anak anda ada gangguan lain seperti autisme.

Walau bagaimanapun, tak semua kanak-kanak autisme lambat bercakap dan tak semua anak lambat bercakap mempunyai autisme.

Jika anda rasa anak anda lambat bercakap, hubungi doktor atau pakar pertuturan untuk mendapatkan pendapat kedua.

Jika tak ada apa yang perlu anda risaukan, pakar-pakar ini boleh tenangkan fikiran anda dan jika ada masalah, mereka boleh berikan rawatan yang sepatutnya.

Foto: 1to1 Therapy Services

Semua orang sukakan kanak-kanak yang petah. Namun ada segelintir kanak-kanak mengalami masalah pertuturan  lewat atau tidak normal berbanding kanak-kanak seusia atau adik beradik. Pertuturan merupakan mekanisme penting perkembangan intelektual, emosi dan sosial kanak-kanak. Pengesanan awal penting untuk mengelakkan masalah yang lebih besar.

Apa yang normal?

Sebelum 12 Bulan

  • Orang putih kata ‘cooing and babbling’, atau buat bunyi ‘uuu, aaaa, ooo’ secara spontan sebelum usia 9 bulan.
  • Selepas 9 bulan boleh sebut baba/mama/ma/mi/papa (walaupun tanpa merujuk kepada maksud).
  • Biasanya walaupun ibunya menjaga susah payah sejak lahir, anak akan sebut papa/baba/babah/abi dulu..mungkin sebab lebih senang sebut dari ummi, mak, ibu (jadi ayah jangan bangga sangat, it happens spontaneously hehe).
  • Peka dengan bunyi dan kenal objek yang biasa dengannya seperti bear, botol dan dummy.

12 Ke 18 Bulan

  • Babbling lebih variety dengan lebih banyak consonant seperti p,b,m, n dan sebagainya.
  • Boleh sebut sekurang-kurangnya satu perkataan dengan betul. Biasanya kata nama seperti ‘bola’ ‘car’.
  • Boleh faham arahan mudah – ‘tunjuk mama bola’.

18 Ke 24 Bulan

  • Kebiasaannya, kanak-kanak boleh menyebut 20 perkataan sekitar usia 18 bulan dan 50 perkataan (vocabularies) dalam usia 2 tahun.
  • Secara mudah, 2 tahun sepatutnya boleh combine ayat 2 perkataan, contohnya ‘nak makan’, gosok gigi’, ‘motor abi’.
  • Boleh tunjuk objek ‘ tunjuk tangan, tunjuk mata’.
  • Boleh faham 2 arahan – contohnya ‘ ambil buku, bagi ummi’.

2 Ke 3 Tahun

  • Boleh bina ayat yang lengkap lebih dari 3 perkataan
  • Pemahaman lebih baik, termasuk kata sifat – besar, kecil, warna

Bila Kita Perlu Risau?

  • Apabila anak tidak menghasilkan sebarang bunyi atau tidak respon kepada sebarang bunyi
  • Anak tidak menunjukkan komunikasi dengan gerak tubuh pada usia 12 bulan – melambai, bertepuk tangan
  • Lebih menggunakan gaya dari bercakap untuk berkomunikasi dan tidak boleh meniru bunyi pada pada 18 bulan
  • Sukar memahami arahan mudah pada usia 2 tahun
  • Menghasilkan bunyi yang tidak normal
  • Percakapan sukar difahami (2 tahun- dewasa patut boleh fham separuh dari percakapan, 3 tahun – 2/3)

Terdapat masalah perkembangan yang lain – interaksi dengan kawan-kawan, tidak boleh bermain dengan kanak-kanak lain, tubuh terlalu kecil dan sebagainya.

Foto: helpwithtalking.com

Kenapa berlaku?

  • Masalah pendengaran
  • Kurang ransangan bunyi – contohnya anak dari ibubapa yang bisu
  • Masalah fizikal – lidah, kerongkong, hidung dan sebagainya
  • Masalah perkembangan – autism, global developmental delay
  • Masalah genetik

Dapatkan pemeriksaan awal dan rujukan ke hospital/klinik untuk temujanji dengan doktor, klinik audio dan speech therapist (terapis pertuturan) mengikut keperluan.