Membina kebahagiaan itu umpama menanam sepohon pokok memerlukan benih, baja, dan pencahayaan yang secukupnya supaya pokok tersebut sentiasa segar, begitu juga dengan hubungan suami isteri perlu dipupuk dengan kasih sayang, tanggungjawab paling utama kesabaran yang berterusan.
Alam rumahtangga menuntut suami isteri untuk memberikan komitmen yang sepenuhnya dan berkongsi hidup dengan pelbagai aspek malah dalam berumah tangga, isteri adalah orang penting bukan sahaja tulang belakang keluarga tetapi indivdu yang mengetahui semua ‘rahsia’ dalam keluarga tersebut.
Bagi mengekalkan kasih sayang dan kebahagiaan itu, suami isteri harus memainkan peranan bersama, amalan tersebut bukan sahaja dipraktikkan oleh pasangan baharu sahaj sebaliknya, turut dikekal kepada pasangan yang lama.
Adalah satu perkara biasa apabila hubungan suami isteri menjadi renggang lebih-lebih lagi setelah usia perkahwinan semakin bertambah. Namun kita tidak boleh mengambil remeh perkara ini kerana ia boleh membawa kepada keruntuhan rumah tangga. Kasih sayang antara suami isteri perlu sentiasa dipupuk untuk memastikan cinta antara satu lama lain tidak pudar.
Banyak cara yang boleh kita lakukan untuk mengembalikan kemesraan dan mengeratkan semula hubungan antara suami isteri. Persoalannya ialah sama ada kita mahu atau tidak memupuk kembali api cinta yang terpendam di dalam jiwa. Kalau anda terasa ingin mencuba, bolehlah amalkan 10 cara mudah dan berkesan di bawah ini untuk kembali hangatkan hubungan anda:-
1. Ingat tarikh-tarikh penting
Keupayaan suami dan isteri di dalam mengingati sesuatu perkara sememangnya berbeza. Tahap kehebatan ingatan seorang isteri sehingga dia boleh ingat baju yang dipakai ketika kali pertama ber”dating”. Sementara si suami pula tarikh hari jadi dan ulangtahun perkahwinan pun boleh terlupa. Dengan kecanggihan teknologi sekarang, pastikan kesemua tarikh-tarikh penting ini diletakkan di dalam telefon dan di”set reminder”. Tiada lagi alasan untuk kita terlepas mengucapkan “selamat hari jadi” atau “happy anniversary” kepada pasangan masing-masing.
2. Buat kejutan yang simple
Sekali-sekala kita perlu memberikan kejutan kepada pasangan kita supaya dia tersenyum girang. Contohnya si suami tiba-tiba dah beli tiket percutian ke Korea Selatan untuk 2nd honeymoon. Atau si isteri boleh belikan konsol permainan PS4 kerana suami memang minat bermain game. Atau kalau nak lebih surprise, boleh secara tiba-tiba hantarkan sejambak bunga kepada isteri ketika dia bekerja di pejabat. Confirm dia akan gembira sangat-sangat.
3. Jangan merajuk lama sangat
Pertengkaran antara suami dan isteri adalah satu perkara biasa dan tak mungkin dapat dielakkan. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Apa yang penting ialah selepas pergaduhan itu jangan merajuk terlalu lama. Salah seorang kenalah beralah, meminta maaf dan mencari jalan untuk menyelesaikan pertengkaran tersebut. Yang penting kena bawa berbincang dengan hati terbuka agar permasalahan tersebut dapat diselesaikan anpa mengguris hati mana-mana pihak.
4. Solat berjemaah
Sesibuk mana pun kita di dalam kerjaya dan menguruskan hal rumah tangga, sekurang-kurangnya sekali sehari kenalah sama-sama bersolat Jemaah bersama pasangan. Waktu terbaik sudah tentu sama ada sembahyang Maghrib atau Isyak. Nak tambah afdhal lagi, boleh selitkan sedikit tazkirah selepas bersolat. Kalau nak lebih awesome, boleh sama-sama membaca Al-Quran sebelum masuk tidur. Insya Allah kehidupan anda sekeluarga akan lebih tenang dan dirahmati olehNya.
5. Membaca bersama pasangan
Sambil duduk bersama, salah seorang boleh membaca dan seorang lagi mendengar. Tidak semestinya membaca daripada buku, anda boleh juga membaca status kawan-kawan di Facebook dan berkongsi yang menarik dengan pasangan. Secara tidak langsung, pasangan anda mengenali kawan-kawan anda.
6. Rancang percutian bersama
Ambil time off untuk bercuti berdua. Pasti sambil bercuti, anda akan ingati semula saat manis di awal perkahwinan. Jalan berpegangan tangan sambil berjalan di taman, aduh terasa seperti kembali di zaman percintaan.
7. Tulis nota
Meskipun anda biasa berbual dengan pasangan setiap hari, anda boleh mencuba cara ini untuk menyerikan hari anda. Sediakan buku nota kecil di dapur atau di dalam bilik tidur.
Catat setiap hari apa sahaja yang boleh membuatkan pasangan anda tersenyum dan gembira contohnya “Terima kasih gosok baju abang malam tadi”. Meskipun ayatnya pendek, tapi kesannya akan membuatkan si isteri senyum sepanjang hari.
8. Perhatikan dia dalam diam
Luangkan lima minit hanya untuk memerhatikan dia tanpa dia mengetahui anda sedang melakukannya. Senaraikan 10 perkara yang buat anda jatuh cinta kepadanya – cara beliau bercakap dengan bayi anda ketika dia sedang menyuapnya makan, cara dia menyanyi perlahan ketika sedang bersiap ke tempat kerja, cara pelik dia memasukkan french fries ke dalam burgernya atau cara dia mengetap bibir ketika sedang menonton perlawanan bola. Ini akan mengingatkan anda kepada perkara-perkara kecil yang membuat anda jatuh cinta padanya seperti mana pertama kali anda sedang mengenalinya.
9. Kurangkan kritikan
Habit suka memberi kritikan adalah bahaya untuk perhubungan, kata Harriet Lerner seorang pakar psikologi dan penulis buku Marriage Rules: A Manual for the Married and the Coupled Up. Tiada sesiapa dapat meneruskan perkahwinan sekiranya dia berasa diadili dan bukannya dikagumi. Hadkan diri anda kepada hanya satu kritikan untuk satu hari, dan fikirkan sekiranya ia perlu. Sekiranya perlu, cuba nyatakan kritikan anda dalam 3 ayat atau kurang. Lakukan ini, dan lama-kelamaan anda akan dapat melihat pasangan anda dengan lebih positif dan menemui semula sebab-sebab kenapa anda jatuh cinta kepadanya pada pertama kali bertemu.
10. Terima dia seadanya
Terima kenyataan – si dia tidak akan menghadiahkan anda sejambak bunga atau membawa anda menikmati candle-light dinner seperti mana anda lihat rakan baik dan suaminya lakukan. Pandang sisi baik dan istimewa pasangan anda dan selalu simpannya di dalam hati. Ingatlah saat dia memeluk anda dengan lama dan hangat setiap kali sebelum pergi ke tempat kerja, atau bagaimana comel dan gelisahnya dia kelihatan setiap kali dia hendak membuat surprise kepada anda. Apabila anda menutup mata terhadap perkara yang si dia tidak buat, dan membuka mata luas terhadap perkara yang si dia buat, anda akan menjadi gembira, dan apabila anda gembira, pasangan anda akan turut gembira.
Perkahwinan adalah sesuatu yang indah. Ia adalah menifestasi percintaan paling tinggi dalam satu perhubungan yang suci. Perkahwinan adalah satu komitmen untuk jatuh cinta berkali-kali terhadap orang yang sama. Setiap pasangan suami isteri hendaklah meluahkan kecintaan melalui pelukan yang mesra antara satu sama lain kerana pelukan berkenaan kasih sayang berterusan.
Apa pun, komunikasi itu penting dalam perhubungan. Cari masa untuk berbual dengan pasangan. Elak memberi tumpuan pada teknologi yang semakin merenggangkan masa berkualiti anda dengan keluarga.
Perkahwinan bukanlah perkara yang mudah, tambahan lagi apabila mempunyai anak. Agihkan tanggung jawab menguruskan rumah dengan pasangan dan anak-anak demi rumah tangga yang selesa, bersih, kemas dan berjalan lancar. Jaga si dia ketika dia sakit, dan begitu juga suami anda harus menolong anda ketika kesusahan.
Makan, jaga anak dan solat bersama – melakukan perkara-perkara penting bersama akan meningkatkan rasa hormat dan sayang anda kepadanya. Betapa dia menyayangi anda dan keluarga dengan konsisten, hanya akan meningkatkan lagi rasa cinta anda terhadapnya.