Tahukah anda yang pelbagai barang-barangan dan produk di rumah mengandungi bahan yang berbahaya dan boleh menjejaskan hormon badan?
Ya! Jangan tak tahu. Sebenarnya, bermacam-macam jenis produk rumah yang mengandungi bahan kimia dan mampu memberi kesan pada anda, malah si manja tercinta! Bayi anda yang paling terdedah dengan bahaya, jika anda tak berjaga-jaga.
Menurut WebMD, hal ini kerana badan bayi masih belum “matang sepenuhnya”, maka ia tak berupaya untuk membersihkan mana-mana bahan kimia yang masuk ke dalam badan dengan cepat.
Dr Kimberly Yolton dari Pusat Perubatan Hospital Kanak-Kanak Cincinnati menjelaskan – bayi paling berisiko untuk terdedah kepada bahaya bahan kimia kerana mereka mungkin akan bernafas dan memakan bahan kimia tersebut!
Biasanya, zarah kimia yang terjatuh dan ada di lantai akan menjadi habuk dan berpeluang untuk masuk dalam mulut bayi. Oleh itu, anda diminta untuk tidak menyimpan beberapa barangan ini, atau anda kena kerap menvakum rumah.
Jangan panik! Mari semak apakah barang-barangan isi rumah yang berbahaya kepada bayi anda. Hati-hati ya selepas ini!
5 Barangan Isi Rumah Yang Berbahaya Untuk Bayi
1. Racun Perosak
Racun pembunuh ini sering dikaitkan dengan penyakit kanser, masalah imunisasi badan dan kerosakan sistem saraf.
Satu kajian mendapati kanak-kanak yang memiliki sisa racun perosak dalam air kencing mereka lebih cenderung untuk menghidap tanda-tanda penyakit ADHD.
Jadi, hati-hati ya! Jika anda memiliki gangguan perosak, cuba guna produk gangguan perosak yang bersifat semulajadi atau sticky traps.
2. Bahan Pencuci
Produk pembersih rumah mengandungi pelbagai bahan kimia seperti klorin, formaldehid, dan pelarut yang boleh melecurkan kulit, merengsakan mata, merosakkan paru-paru dan meningkatkan risiko penyakit kanser.
Jadi, jangan guna bahan pencuci yang mengandungi bahan kimia. Anda tak tahu bila si kecil itu akan tiba-tiba memegang lantai yang ada bahan pencuci, lalu memasukkan ia ke dalam mulut mereka!
3. Sabun, syampu, dan krim
Hampir semua produk penjagaan kecantikan dan penjagaan diri yang anda beli mengandungi bahan kimia yang digelar sebagai phthalates.
Kajian awal daripada pakar mendapati bahan kimia ini mampu menjejaskan kesihatan, mengakibatkan kanser, masalah untuk hamil dan isu-isu lain.
Cuba guna produk penjagaan kecantikan yang bebas wangian, atau beli produk yang bebas daripada phthalate.
4. Penebat api
Sofa, kusyen, permaidani malah televisyen – merupakan penebat api yang mengandungi polybrominated diphenyl ethers (PBDEs).
Bahan ini mampu menjejaskan hormon badan kanak-kanak. Kajian mendapati kaitan antara pendedahan awal kepada barangan yang bersifat penebat api dengan perkembangan badan yang lambat, akil baligh lebih cepat, dan kesan-kesan kesihatan lain pada kanak-kanak.
5. Plastik
Barangan dan produk plastik mengandungi bahan kimia Bisphenol A (BPA) yang berfungsi meniru kesan hormon estrogen dalam badan. Akan tetapi, bahan kimia ini amat berbahaya dan boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan; termasuklah masalah kegemukan, akil baligh terlalu awal, kanser ovari dan kanser prostat.
Jangan masukkan botol plastik dan cawan sippy anak anda dalam ketuhar gelombang mikro, juga ya semua ibu bapa! Haba yang terhasil mampu memecahkan sejumlah kecil bahan kimia terbabit lalu ia masuk ke dalam makanan dan minuman.
Pastikan persekitaran anak-anak anda selamat ya, semua? Usah ambil mudah akan bahaya ini! Kita tidak tahu bila bahaya yang tercetus benar-benar mampu memberi kesan pada tumbesaran si manja kita.
Apa yang boleh kita buat kini hanyalah dengan mengurangkan penggunaan barang-barangan isi rumah yang berbahaya ini, demi anak tercinta. Selamat berjaya, semua!
Pada usia ini, bayi ini terlalu kecil untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan masalah. Dia belum lagi aktif sehingga memasukkan barang ke dalam mulutnya atau memanjat keluar dari katil, dan ia akan mengambil masa beberapa bulan sebelum dia mula merangkak ke arah tangga.
Namun, ia tidak terlalu awal untuk mengutamakan keselamatan. Walaupun sebelum bayi anda dilahirkan, anda boleh belajar bagaimana untuk mengendalikan alatan bahaya yang tersembunyi untuk anak kecil.
Berikut adalah lapan potensi bahaya dan zon bahaya yang perlu diperhatikan.
- Persekitaran tidur
Untuk mengurangkan risiko SIDS (Sudden Infant Death Syndrome), tidurkan bayi anda di atas tilam yang rata. Jangan biarkan bayi anda tidur dengan apa-apa lembut dan selesa seperti bantal yang empuk, atau mainan lembut.
Baju panas, atau baju tidur, adalah pilihan yang lebih selamat daripada selimut, yang boleh menutup kepala bayi anda dan menghalang keupayaan untuk bernafas. Kepala katil bayi tidak digalakkan atas sebab yang sama.
Pastikan tilam disusun rapat supaya bayi anda tidak terperangkap antara ia dan sisi katil. Periksa katil itu supaya tidak ada bahagian yang hilang, rosak atau sebarang jurang antara tilam.
- Kawasan menukar lampin
Bayi kecil tahu mencari jalan untuk mengguling turun dari meja menukar lampin jika dibiarkan. Oleh itu, beli meja yang tersedia tali keselamatan atau tambahkan tali ke meja semasa anda.
Walaupun bayi anda diikat di meja, jangan pernah tinggalkan dia sendirian. (Panggilan telefon boleh tunggu)
Anda boleh mengelakkan risiko jatuh dengan menukar lampin bayi anda di atas lantai menggunakan selimut atau kain lampin dibentangkan sebagai lapik.
- Waktu mandi
Sama ada anda mandikan bayi anda dalam tab mandi bayi, sinki, atau tab biasa, jangan pernah tinggalkan dia sendirian walaupun sekejap. Sebaik sahaja dia boleh duduk, kerusi mandi akan berguna sebagai peranti keselamatan, tetapi tidak dijamin begitu selamat. Beratus-ratus bayi lemas selepas terjatuh atau tergelincir keluar dari tempat duduk mandi mereka.
- Objek berat atau mudah pecah
Alihkan objek seperti bingkai gambar dan patung seramik dari meja menukar lampin bayi supaya ia tidak terjatuh pada anak anda.
- Perabot bayi di tempat yang berbahaya
Jauhkan bayi dan meja menukar lampinnya jauh dari tingkap, tirai, atau wayar telefon yang tergantung untuk mengelakkan anak anda daripada tersangkut, terjerat, atau terjatuh ke luar tingkap.
- Perabot tidak stabil
Awasi perabot yang tidak stabil atau tinggi (termasuk televisyen skrin rata) di dinding, terutamanya jika anda tinggal di kawasan yang sering dilanda gempa bumi atau mempunyai anak kecil (atau pelawat) yang aktif.
- Kecuaian
Apabila bayi di lengan anda, kecuaian atau terjatuh boleh menjadi masalah. Untuk mengelakkan terjatuh, gunakan lampu tidur, pelekat permaidani, elakkan selerak di lantai, dan memasang pagar pada tangga.
- Pengesan Api
Memasang pengesan asap dalam setiap bilik tidur, di lorong bilik, dan pada setiap tingkat rumah anda. Jika pengesan asap anda sudah melebihi daripada 10 tahun, gantikan dengan yang baru. Lebih baik jika mempunyai sekurang-kurangnya satu alat pemadam api di setiap tingkat rumah anda dan pengesan karbon monoksida di kawasan tempat tidur.
Tidak dinafikan, sebagai manusia biasa, kadang-kala, kita terlepas pandang tentang perkara-perkara tertentu.
Walaupun di dalam rumah, banyak bahaya yang menanti anak-anak kecil terutamanya buat mereka yang masih lagi belum matang pemikirannya.
Sekurang-kurangnya, dengan pengetahuan kita sebagai mak ayah tentang perkara ini, ia dapat mengurangkan risiko perkara yang tidak diingini daripada berlaku ke atas anak-anak kita di dalam rumah.