Restoran makanan bukanlah satu tempat yang selesa dan mesra bagi kanak-kanak. Mereka selalunya lebih gemar mengunjungi kawasan permainan kerana di situlah mereka boleh berlari, bermain dan menemui rakan-rakan baru. Adakalanya ibu bapa terpaksa berfikir beberapa kali sebelum memilih untuk makan di sesebuah restoran kerana bimbang tidak dapat mengawal perilaku anak semasa berada di meja makan. Atau ibu bapa mahu tempat untuk sambut birthday anak dengan meriah.
Sebagai ibu bapa, anda sendiri tentunya merasa tidak selesa untuk menghabiskan makanan apabila anak-anak meragam di restoran. Oleh itu, sebelum merancang membawa si kecil mengunjungi restoran pilihan, ada baiknya anda menyenarai pendek beberapa pilihan tempat makan yang menawarkan konsep restoran mesra kanak-kanak.
Bagi mereka yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor, mencari restoran mesra kanak-kanak sebenarnya tidak lagi sukar. Semakin ramai pengusaha restoran yang berminat mewujudkan suasana kondusif bagi kanak-kanak disamping memberi peluang ibu bapa, ahli keluarga dan rakan-rakan menikmati hidangan lazat di restoran.
Untuk anda yang tinggal sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, lima resotan mesra kanak-kanak sekitar Lembah Klang ini antara yang menarik anda boleh kunjungi bersama si kecil dan keluarga.
1.BLOKKE
Siapa sangka wujud restoran makanan yang menyediakan taman permainan tertutup dalam ruangan yang besar untuk kanak-kanak bermain. Rancangan makan-makan di luar tidak lagi lagi terbantut apabila anak-anak dapat bermain dalam persekitaran tertutup yang selamat dalam sebuah restoran. Di restoran Blokke, anak anda dapat bermain pelbagai jenis permainan yang mencipta kreativiti dan imaginasi dalam suasana yang selamat. Permainan lego adalah antara tarikan yang membuatkan kanak-kanak semakin asyik bermain sambil berkenalan dengan kawan-kawan baru.
Dari segi makanan pula, ia menyajikan pilihan makanan yang sesuai untuk dinikmati seluruh keluarga dan kena mengikut selera kanak-kanak. Antaranya pemanis mulut seperti kek dan biskut, pizza, burger, spaghetti, pilihan minuman milkshake dan sebagainya.
Alamat : F40-F45, First Floor, Citta Mall, Jalan PJU 1A/48A, Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor
Laman web : https://blokke.my
Facebook : https://www.facebook.com/BlokkeCafePlayhouseLabs/
Instagram : https://www.instagram.com/blokke.my/
2. RIMBA & RUSA
Nikmati makanan yang sedap-sedap dalam suasana santai di restoran Rimba & Rusa by Wondermilk. Anda sekeluarga boleh nikmati pelbagai jenis hidangan makanan dari masakan Melayu, Itali, Mediteranean dan Asia. Bagi yang diet anda tidak perlu risau terpaksa memilih makanan yang berat-berat kerana menu diet turut disediakan. Bagaimana pula untuk kanak-kanak?
Bagi kanak-kanak, mereka boleh makan menu hidangan yang mereka sukai seperti burger, spageti, kentang goreng, chicken chop, fish & chip, pemanis mulut antaranya kek, aiskrim dan lain-lain.
Suasana rekabentuk dalaman restoran ini sangat menarik dimana ia menggabungkan suasana santai gabungan citarasa moden dan vintaj. Bagi kanak-kanak, mereka boleh bermain di satu sudut ruangan yang disediakan di tingkat dua restoran. Terdapat alat permainan seperti mainan memasak dan mainan kereta untuk mereka duduk dan bermain bersama rakan-rakan lain.
Alamat : D-GF-01, Jalan PJU 5/2, Sunway Nexis, Petaling Jaya, Selangor
Laman web : Rimba & Rusa by Wondermilk
Facebook : https://www.facebook.com/rimbarusa/
3. DEAR AZALEA
Dekorasi kafe Dear Azalea menekankan keceriaan dari segi warna yang terang serta dikelilingi jenis-jenis permainan dan hiasan yang disukai oleh kanak-kanak. Kafe Dear Azalea sering menjadi pilihan ibu bapa untuk mengadakan majlis harijadi kerana mereka turut menyediakan katering dan persediaan yang sesuai untuk kanak-kanak menyambut harijadi mereka dalam suasana kemeriahan.
Selain itu, menu makanan juga dihiasi dengan dekorasi yang memenuhi selera kanak-kanak. Jadi mereka akan lebih berselera untuk duduk dan makan bersama ibu bapa. Untuk mengadakan sambutan harijadi pelanggan boleh memilih tema kartun kesukaan mereka dan Dear Azalea akan mengaturkan kesemuanya untuk anda.
Alamat : G-10 Riana Green Plaza, Jalan Tropicana Utara, 47410 Petaling Jaya, Selangor
Facebook : https://www.facebook.com/DearAzalea/
Instagram : https://www.instagram.com/dearazalea/
4. BENBINO (THE BIG GROUP)
Lokasi untuk kanak-kanak bermain dalam suasana selesa sambil menikmati hidangan makanan yang lazat bersama ibu bapa. Benbino adalah antara restoran yang menyediakan taman permainan kanak-kanak tertutup si samping menghidangkan makanan menjadikan ia antara restoran pilihan keluarga yang ingin makan sambil menikmati keriangan bersama anak-anak. Kedudukan antara tempat makan dan taman permainan juga berhampiran antara satu sama lain dan memudahkan ibu bapa memantau keselamatan anak mereka semasa bermain sambil menikmati hidangan yang lazat.
Dari segi menu pula, kebanyakan jenis hidangan juga berkonsep mesra kanak-kanak. Antaranya hidangan mac & cheese, french fries, makaroni bolognese dan hidangan sayur yang boleh menarik minat kanak-kanak untuk makan walaupun mereka mungkin kurang menggemari sayur-sayuran.
Kafe ini juga menyediakan perkhidmatan rancangan sambutan hari jadi bagi ibu bapa yang memilih suasana penuh mesra kanak-kanak semasa hari sambutan bermakna bagi si kecil mereka. Anda boleh memilih pakej-pakej sambutan harijadi mengikut kesesuaian masing-masing.
Alamat : S-212, 2nd Floor, The Gardens Mall, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur.
Waktu operasi : 11.00 pagi – 10.00 malam
Facebook : https://www.facebook.com/TheBigGroup/
Instagram : https://www.instagram.com/thebiggroup/
5. HAPPIKIDDO QUILL CITY MALL
Happikiddo adalah produk bayi dan kanak-kanak yang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ia sememangnya popular di kalangan ibu bapa. Bagi mereka yang ingin membeli belah barangan bayi dalam suasana kelainan, anda boleh singgah ke Happikiddo Quil City Mall. Ia merupakan cawangan kedai terbesar yang menyediakan pameran jualan barangan Happikiddo di samping terdapat sudut ruangan kafe untuk anda dan si kecil duduk, berehat di samping menikmati menu pilihan hati.
Anda boleh menganggap ia sebagai kafe keluarga paling ceria. Di sini kanak-kanak dapat bermain di sudut ruangan yang disediakan, makan bersama ibu bapa dan membeli belah barangan pilihan dalam ruangan yang sama.
Dari segi menu pula anak anda pasti suka dengan menu pemanis mulut seperti kek dan aiskrim, burger, sandwich, fish & chips dan sebagainya. Anak anda pasti tidak bosan meluangkan masa selama berjam-jam di sini. Anda pun boleh membeli belah sambil makan dengan selesa.
Alamat : 2nd floor, Quill City Mall, Lot 2.2802.31, No. 1018, Jalan Sultan Ismail, 50250 Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
Facebook : https://www.facebook.com/pg/Happikiddo
Laman web : https://www.happikiddo.com/
6. Noriter 1Mont Kiara KL
Layan si kecil bermain sambil menikmati hidangan dalam kafe yang ceria dan mesra kanak-kanak di Noriter by JJ Kizlee Cafe. Bagi pesanan makanan melebihi RM20, penggunaan taman permainan mini disediakan secara percuma. Jika tidak pelanggan akan dicaj sebanyak RM20 untuk setiap kanak-kanak yang ingin bermain.
Selain kemudahan tempat makan yang bersih, taman permainan mini yang selamat untuk si kecil, mereka turut menyediakan kemudahan ruang khas bagi para ibu menyusu dan bilik menukar lampin.
Dekorasi hiasan dalaman kafe ini diceriakan dengan warna cerah, lukisan dinding yang menarik perhatian si kecil menjadikan ia sesuai untuk aktiviti bergambar. Dari segi makanan pula mereka menyediakan menu bersesuaian untuk si kecil dan orang dewasa. Bagi kanak-kanak, mereka pasti menyukai pilihan pemanis mulut yang pelbagai seperti wafel, puding, kek, biskut dan banyak lagi pilihan terbaik untuk si kecil.
Alamat : 2-21C, 2nd Floor, 1 Mont Kiara Mall, No.1,, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Waktu buka : Isnin – Ahad ( 10.00 pagi – 9.00 malam)
Facebook : Noriter by JJ Kizlee