Menyayangi dan menjaga kesihatan sistem penghadaman penting bagi mengelak masalah pencernaan selain mengukuhkan sistem imun badan.

Pernahkah anda mengalami gangguan emosi atau mudah marah dengan orang lain kerana lapar atau mengalami cirit-birit yang disebabkan oleh tekanan.

Semua ini adalah petanda sistem pencernaan manusia mampu mempengaruhi kesihatan fizikal dan emosi.

Selain memainkan dua peranan utama iaitu membantu penyerapan nutrien makanan serta menyingkirkan agen memudaratkan iaitu toksin, alergen dan mikroorganisma bahaya. Pencernaan yang sihat turut mempengaruhi emosi, sistem imun dan kesihatan secara keseluruhannya.

Sistem penghadaman juga digelar ‘otak kedua’ oleh pakar perubatan, mempunyai sistem saraf berautonomi, iaitu sistem saraf enterik yang memiliki lebih banyak neurotransmitter berbanding otak.

Neurotransmiter, sistem penghadaman menghasilkan 95 peratus serotonin, iaitu hormon yang mempengaruhi emosi dan digunakan juga dalam proses penghadaman.

Foto: nci.moh.gov.my

Sayangi usus hindari penyakit kronik

Saluran gastrousus adalah keajaiban fisiologi secara sendirinya dan memainkan peranan penting melindungi sistem imun kita. Saluran GI menghasilkan lebih 100 trilion sel mikrob, termasuk bakteria sistem penghadaman yang kebanyakannya menghuni dalam usus besar atau kolon.

Kajian pakar penyelidik dari Harvard School of Public Health di Amerika Syarikat mendapati bakteria dalam sistem penghadaman menghasilkan bahan kimia yang membenarkan sel imun dalam kolon berkembang dan berfungsi dengan cekap.

Foto: Tribun Medan

National Health Services di United Kingdom pula menganggarkan, 40 peratus daripada semua orang pernah mengalami sekurang-kurangnya satu masalah gastrousus, sama ada cirit-birit, sembelit atau kembung perut. Kegagalan memantau kesihatan sistem penghadaman bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan, bahkan menjurus kepada penyakit kronik hingga mengancam nyawa.

Antara lima penyebab kematian

Kajian Kementerian Kesihatan mendapati dalam tempoh sehingga Disember 2013, penyakit berkaitan sistem penghadaman antara lima penyebab utama kematian di hospital swasta dan awam Malaysia. Serangan ini juga antara enam punca utama pesakit dimasukkan ke hospital.

Mencegah lebih baik daripada mengubati, daripada menunggu sehingga terkena masalah kesihatan sebelum mengambil tindakan, lebih baik jika anda mengambil langkah aktif mempertingkatkan kesihatan sistem penghadaman.

Selain mengurangkan risiko masalah penghadaman pada masa akan datang, sistem penghadaman sihat penting bagi membolehkan seseorang menikmati hidup dengan sempurna.

Daripada pemprosesan bahan toksik seperti alkohol dan dadah kepada produk hasilan yang selamat, menghasilkan amonia toksik untuk menghalang karsinogen berbahaya daripada diserap ke dalam aliran darah, “organ-organ detoks” yang terbina dalam badan manusia seperti hati, usus dan buah pinggang, semua ini menunjukkan bahawa badan kita sememangnya lengkap untuk menghapuskan toksin. Oleh itu, organ-organ ini mesti dijaga untuk berfungsi secara optimum.

Bagi menyokong bekalan glutathione dalam hati, peptida antioksidan semula jadi yang penting untuk fungsi imun badan dan mengawal keradangan, makan lebih banyak makanan yang kaya dengan sulfur seperti bawang putih, brokoli, kubis, bawang dan kubis bunga.

Foto: sehatnews.com

Banyakkan bersenam

Buah pinggang memainkan peranan penting bagi menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dalam badan.

Untuk buah pinggang berfungsi dengan baik, pastikan anda kekal terhidrat. Elakkan makanan tinggi kandungan garam, gula dan lemak. Tekanan darah tinggi adalah antara punca utama penyakit buah pinggang. Justeru penting membuat pemeriksaan tekanan darah secara kerap dan elakkan meminum terlalu banyak alkohol dan hentikan amalan merokok.

Banyakkan bersenam bagi mengurangkan tekanan darah tinggi dan pada masa sama, mengekalkan berat badan yang sihat.

Jangan ketepikan kepentingan sayur dan buah-buahan kerana kajian membuktikan sajian berserat tinggi mengurangkan risiko kanser kolon, kencing manis jenis 2, sakit jantung dan strok.

Amalan ini juga melancarkan proses penghadaman dan mencegah sembelit. Serat menstabilkan tahap glukosa darah kerana ia memperlahankan penyerapan glukosa dalam usus kecil.

Serat juga mengurangkan risiko serangan sakit jantung. Sumber serat termasuk oat, gandum, kacang-kacangan, biji-bijian, kacang dal, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Probiotik mempromosikan pemulihan sistem penghadaman

Sistem penghadaman adalah sarang kepada 100 trilion bakteria, secara kolektif dikenali sebagai microbiome. Mengekalkan keseimbangan bakteria baik dalam sistem penghadaman penting bagi kesihatan pencernaan.

Kita boleh meningkatkan jumlah bakteria baik dengan mengambil probiotik yang didapati dalam minuman susu berkultur dan makanan yang difermentasi.

Foto: scienceismylife

Sembelit sudah menjadi kebiasaan ketika  membesar. Kurang kekerapan ke tandas dan suka menahan diri dari membuang air besar adalah faktor kepada masalah sembelit. Apa yang merunsingkan adalah, bagaimana kita perlu merawat usus apabila berhadapan dengan situasi ini?

Sebelum berjumpa dengan pakar, apa kata anda cuba dahulu rawatan secara semulajadi di rumah untuk mengurangkan masalah sembelit yang teruk.

Tak tahu apa nak buat? Mari kita tengok cara-cara mudah yang boleh anda buat sendiri di rumah untuk merawat sembelit.

1. AIR

Foto: sabtrends.com

Dehidrasi adalah punca utama kepada masalah sembelit anak-anak. Pastikan anak-anak minum air sekurang-kurangnya satu hingga 1.5 liter air sehari. Ini dapat membantu anak-anak menghindari masalah susah untuk buang air besar. Anda juga boleh cuba letakkan hirisan buah lemon dalam satu gelas air suam jika anak-anak mengalami masalah sembelit.

Pisang : Kaya dengan serat dan pektin yang membantu untuk mengurangkan sembelit. Mengambil dua biji pisang sehari boleh membantu melembutkan najis. Kandungan pektin di dalam pisang membantu pergerakan yang lancar dalam usus yang membantu perut untuk menyingkirkan bahan buangan.

Prun: Buah prun adalah penawar klasik untuk sembelit dan kemanisan buah prun serta tekstur menjadikan ia kegemaran dalam kalangan kanak-kanak. Prun mempunyai kandungan serat yang tinggi dan juga dapat membantu melembutkan najis. Namun, perlu diawasi jika anak-anak terlebih makan buah prun kerana khuatir akan sakit perut.

Foto: Mother Nature Network

Epal: Ternyata buah epal juga adalah salah satu cara untuk menyembuhkan sembelit. Rasa yang enak dan tekstur yang rangup sudah semestinya menjadi kegemaran anak-anak. Mempunyai kandungan serat yang tinggi juga adalah sebab kenapa buah epal dapat mengurangkan sembelit dalam kalangan anak-anak.

Oren : Selain dari kaya dengan Vitamin C untuk kulit dan kesihatan dalam anak, buah oren juga antara agen ‘julap semulajadi’ yang dapat membantu mengurangkan sembelit.

3. MINYAK ZAITUN

Anda boleh beri satu sudu minyak zaitun bersama satu sudu jus lemon kepada anak anda di waktu pagi untuk melancarkan sistem penghadaman mereka. Pastikan diambil ketika perut masih kosong untuk melegakan ketidakselesaan akibat sembelit.

4. ALOE VERA

Foto: XTRA

Aloe vera atau lidah buaya sangat terkenal dalam tips kecantikkan. Tetapi, tahukah anda bahawa aloe vera juga adalah salah satu ubat untuk merawat sembelit? Hanya ambil dua sudu penuh aloe vera dan dicampur bersama segelas air suam adalah cara paling efektif untuk merawat sembelit.

5. YOGURT

Foto: Serious Eats

Yogurt mempunyai kegunaan yang pelbagai dalam kehidupan kita. Salah satu kegunaan yogurt yang orang terlepas pandang adalah merawat sembelit. Dengan adanya pemgambilan yogurt setiap hari, ia membantu untuk menyebarkan bakteria yang baik dalam perut anak-anak supaya sentiasa mudah untuk mereka buang air besar dan melancarkan sistem penghadaman.