“Kenapa mata saya semakin kelihatan tak bermaya? Lingkaran bawah mata juga makin besar, gelap dan jelas kelihatan. Apa yang harus saya buat ni…?”
Dari mata turun ke hati. Begitulah peribahasa mengaitkan tentang kepentingan organ mata kepada manusia dalam peribahasa orang Melayu. Mata yang segar, bermaya dan cerah umpama magnet penarik. Biji mata yang tidak merah dan bercahaya adalah aset yang menambahkan keanggunan seseorang wanita. Untuk mendapatkan mata yang kelihatan segar dan bertenaga, anda harus menjaga persekitaran bawah mata kerana ia merupakan bahagian luaran mata paling sensitif.
Struktur kulit di bawah mata yang lembut menyebabkan ia begitu sensitif terhadap sebarang perubahan biologi. Faktor umur dan keperluan tidur yang cukup adalah dua perkara penting yang mempengaruhi keadaan kulit bawah mata. Suka atau tidak, kita tidak boleh mengelakkan faktor pertambahan umur. Kebiasaannya, semakin meningkat umur seseorang maka kita akan mendapati kesan lingkaran bawah mata yang hitam semakin jelas kelihatan. Dengan kata lain, ia dipengaruhi oleh faktor penuaan.
Namun dengan keperluan tidur yang cukup sekurang-kurangnya enam ke lapan jam sehari mampu melambatkan kemunculan lingkaran bawah mata panda ini. Apabila mata sentiasa penat dan mengantuk disebabkan tidak cukup tidur, lingkaran hitam ini akan terbentuk malah semakin jelas apabila ia tidak diatasi dengan segera.
10 Produk Menghilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata
Untuk mengatasi masalah lingkaran bawah mata panda ini, anda tidak perlu risau lagi kerana terdapat pilihan produk krim mata yang membantu mengurangkan kesan lingkaran gelap bawah mata. Bagi anda yang semakin risau kerana pembentukan lingkaran bawah mata panda yang semakin jelas kelihatan, 10 produk penghilang lingkaran bawah mata panda ini berpotensi untuk membantu anda menangani masalah ini.
1.Himalaya Herbals Under Eye Cream
Himalaya adalah jenama yang begitu popular dalam menghasilkan produk kecantikan berasaskan tumbuh-tumbuhan semulajadi. Produk krim bawah mata ini boleh menyelamatkan kulit bawah mata anda yang sensitif dan kekeringan yang membuatkan ia kelihatan penat dan kusam. Selain membantu mengurangkan kesan hitam di bawah mata, ia turut bertindak menghilangkan garis-garis halus bawah mata yang terbentuk berpunca dari faktor umur dan pergerakan mata. Ia melindungi kulit bawah mata melalui dua cara iaitu secara melembapkan dan menghalang dari terkena pancaran matahari secara terus. Dua jenis tumbuhan digunakan untuk menghasilkan krim mata Himalaya ini iaitu Cipadessa baccifera dan Bergenia ligulata. Keberkesanannya boleh dilihat dlam masa empat minggu jika digunakan mengikut aturan yang disarankan.
Lihat komen pengguna mengenai produk ini.
2. Palmer’s White & Even Dark Circle Correcting Eye Treatment
Menghilangkan lingkaran bawah mata gelap dengan memperbaiki tanda-tanda penuaan kulit di bahagian tersebut. Warna hitam akan menjadi semakin cerah dalam masa seminggu atau maksimum satu bulan. Bukan sahaja lingkaran gelap dapat dikurangkan, ia turut menyegarkan dan memperbaiki struktur kulit yang rosak akibat pendedahan terhadap cahaya matahari. Ia juga mengembalikan menyingkirkan kelembapan yang menjadi punca pembentukan lingkaran hitam dan menggantikannya dengan kelembapan. Krim mata daripada Palmer’s ini diekstrak daripada tumbuhan kulat Jepun iaitu sejenis cendawan dipanggil Songyi. Sesuai untuk penggunaan semua jenis kulit.
Lihat komen pengguna mengenai produk krim mata Palmer’s ini.
3. Sothys Multi Action Eye Contour
Perlindungan bawah mata yang mengandungi bahan kompleks. Ia menjaga kulit bawah mata dari pembentukan lingkaran hitam, sembap dan kedutan. Sekitar mata pasti akan kelihatan lebih muda berbanding usia. Kesan penggunaan boleh dilihat dalam masa selepas satu bulan penggunaan. Krim ini tidak mengandungi sebarang bau. Anda seolah-olah tidak mengenakan apa-apa krim dan pemakaian tanpa wangian di bahagian muka ini akan membuatkan anda lebih selesa.
Baca komen pengguna mengenai produk krim mata Sothy’s Paris ini.
4. Swissvita Micrite 3D All Use Eye Cream
Krim ini mengandungi bahan kolagen untuk meningkatkan keremajaan kulit khusus di bahagian bawah mata. Ia membantu menghilangkan kedutan serta mengurangkan kesan hitam yang hodoh di bawah mata anda dengan lebih efektif. Kolagen terbukti membantu mengatasi kesan penuaan dengan berkesan. Kandungan bahan AC-11 merawat kulit melalui pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menggantikan sel rosak akibat pendedahan terhadap cahaya UV dan oksida yang berbahaya. Ia diekstrak daripada daun Cyathea Cumingil yang berfungsi mencerahkan lingkaran bawah mata, mengatasi kedutan dan mengurangkan bengkak di bahagian sensitif tersebut.
Baca komen pengguna mengenai krim mata ini.
5. Dermalogica Age Reversal Eye Complex
Krim ini diperkaya dengan retinol yang juga dikenali sebagai vitamin A1. Vitamin ini terkenal dengan khasiatnya terhadap mata. Ia mempunyai tahap penyerapan yang tinggi bagi kulit sensitif dan lembut di bahagian bawah mata. Dengan ini, ia merawat dengan lebih berkesan sehingga jauh ke lapisan dalam kulit. Tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan kegelapan dapat dikurangkan selepas beberapa tempoh penggunaan. Selain itu ia juga kaya dengan vitamin C untuk memperbaiki dan mencantikkan semual kulit di bahagian bawah mata.
Baca komen pengguna mengenai krim ini
6. HADA LABO Super Hyaluronic Acid Moist Eye Cream
Produk krim penjagaan bawah mata keluaran Jepun. Ia menghaluskan kulit melalui penyerapan tiga jenis asid hialuronat. Ia menjadikan kulit di bahagian bawah mata ini lebih lembut. Bagi fungsi menghilangkan kesan hitam, bengkak dan garis halus akibat penuaan, ia diperkaya dengan bahan aktif dan minyak semulajadi tumbuhan jojoba. Dengan fungsi keseimbangan pH, kulit akan lebih sihat tanpa sebarang iritasi kulit. Mengandungi bahan beralkohol. Ia bebas dari bau dan tidak berwarna untuk keselesaan semasa memakai.
Baca komen pengguna mengenai krim bawa mata Hada Labo ini
7. Safi Rania Gold Eye Contour Cream
Bagi pecinta jenama Safi, anda harus memiliki set Safi beserta dengan krim penjagaan bawah mata ini. Ia berfungsi dengan cara meningkatkan penyerapan kolagen di bahagia kulit bawah mata. Dengan itu, kesan kedutan dapat dikurangkan dalam masa beberapa minggu selepas penggunaan. Ia turut mengandungi bahan peptida oligo yang mencegah pembentukan lingkaran berwarna hitam dan mencerahkan warna yang gelap menjadi semakin cerah.
Baca komen pengguna mengenai krim penjagaan mata Safi ini.
8. NARUKO Lupin Anti Wrinkle Firm Eye Cream
Krim kolagen untuk penjagaan kulit di bawah mata. Bahan kolagen ini meningkatkan keanjalan kulit bawah mata supaya kelihatan lebih muda, tegang dan menghilangkan garis-garis halus akibat kedutan penuaan. Warna kulit bahagian bawah mata akan lebih seimbang dengan warna kulit wajah supaya kelihatan lebih setara. Kesan lebam akibat kelesuan di sekeliling mata dapat dikurang atau dihilangkan menjadikan mata kelihatan lebih segar.
Baca komen pengguna mengenai produk krim mata Naruko ini.
9. The Body Shop Oils Of Life™ Intensely Revitalising Eye Cream-Gel
Produk krim penjagaan bawah mata dari The Body Shop. Ia bertindak memudarkan warna gelap di bahagian lingkaran mata supaya lebih cerah, kulit lebih anjal serta menghilangkan garis-garis kedutan yang terbentuk akibat proses penuaan.
Baca komen pengguna mengenai krim penjagaan bawah mata ini.
10. Nano White Eye Brightener
Menerusi teknologi nano, krim penjagaan kulit bawah mata Nano White dihasilkan. Ia diperkaya dengan bahan Omega White-C yang memudarkan kehitaman di bawah mata serta menghilangkan kedutan menjadikan mata kelihatan lebih muda dan segar. Tiada sebarang pewangi tambahan dicampur untuk keselesaan pemakaian.
Baca komen pengguna mengenai krim penjagaan bawah mata Nano White ini