Garment steamer atau penggosok pakaian yang menggunakan teknologi wap adalah alternatif peralatan penggosok pakaian yang terbaik untuk menghilangkan kedutan pakaian dengan lebih pantas. Kalau anda ini jenis yang sibuk atau selalu kesuntukan masa dalam banyak hal, menggantikan penggosok pakaian besi dengan penggosok pakaian berwap adalah pilihan bijak. Anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menghilangkan kedutan dari pakaian serta menjimatkan masa anda.

Steamer lebih selamat digunakan untuk beberapa jenis material yang lembut seperti sutera, poliester, satin dan pakaian jersi yang dihasilkan daripada kain lembut dan sejuk. Tanpa menyentuh pada permukaan kain sekalipun, wap panasnya mampu melentikkan kedutan pakaian dengan pantas dan berkesan. Anda tidak perlu risau kain sutera anda hangus ‘dimakan’ oleh penggosok pakaian besi yang sering menyebabkan pakaian hangus terbakar.

Di pasaran Malaysia pada hari ini, terdapat pelbagai pilihan jenama seterika wap yang menjadi pilihan pengguna. Mari kita lihat 10 seterika wap yang menjadi pilihan ramai.


1. Electrolux Garment Steamer

Seterika wap yang menerima banyak komen positif dari pengguna. Tanpa perlu bersusah payah membuka papan seterika, anda hanya perlu menggantung pakaian pada penggantung sedia pasang dan terus sahaja menggosok pakaian dengan pantas. Ia dilengkapi dengan tangki bersaiz 2.1 Liter dengan pemegang yang mudah untuk dikendalikan. Anda boleh menggosok sehingga berpuluh helai pakaian dengan tenang tanpa perlu terkejar-kejar berulang alik ke sinki untuk memenuhkan tangki. Struktur permukaan menggosoknya dilengkapi dengan 9 lubang wap yang mampu mengalirkan wap yang cukup untuk haba gosokan pakaian yang pantas. Bahan aluminium solephate permukaan besinya mampu menahan peningkatan suhu dengan baik tanpa menyebabkan kerosakan pada seterika.

Baca komen positif dari pengguna Electrolux Garment Steamer


2. Faber Gament Steamer FGS 1916

Rekabentuk seterika yang menarik dengan pilihan warna yang lembut untuk kegunaan suri rumah. Anda boleh menggosok pakaian sehingga berpuluh helai dengan tenang kerana ia dilengkapi dengan tangki air bersaiz 1.2 Liter cukup untuk penggunaan yang lama. Dilengkapi dengan sistem anti titisan yang mengelakkan wap air daripada menitiskan ais ketika seterika sedang panas. Rekaan seterika bersaiz 798 x 562 x 415 mm ini juga serasi untuk simpanan di ruang yang terhad. Penyangkut pakaian boleh dilaras sehingga 360 darjah membolehkan pengguna menggosok pakaian dalam pelbagai keadaan.

Baca komen pengguna di sini


3. Cornell Garment Steamer CGS-EL238H

Seterika wap dari Cornell untuk menghilangkan kedutan pakaian secara efektif. Menggunakan tangki air dengan kapasiti lebih besar dan tahan lama iaitu 2.3 Liter. Lebih banyak helaian baju digosok tana perlu berpenat mengisi air dalam tangkai secara berulang-ulang. Output wapnya boleh menghasilkan 25-30gm/min dimana ia cukup untuk meluruskan permukaan baju berkedut secara berkesan. Saiz keseluruhan juga sederhana untuk ruang penyimpanan terhad. Anda tidak perlu pening kepala mencari ruang yang besar untuk menempatkannya.

Baca komen pengguna mengenainya di sini


4. Tefal Garment Steamer IS6200

Menghilangkan kedutan untuk pelbagai material kain dengan mudah tanpa memenatkan anda. Selain menjalankan fungsi menggosok, ia juga dilengkapi dengan kemampuan menghilangkan bau tidak enak yang melekat pada pakaian. Rekabentuk ergonomik serta mudah alih memudahkan penyimpanan selepas setiap kali selesai digunakan. Kapasiti tangkinya bersaiz 2.4 Liter mampu bertahan untuk menggosok berpuluh helai pakaian. Alat ini dilengkapi dengan kebolehan tutup secara automatik apabila tidak digunakan. Jadi anda tidak perlu risau tentang pembaziran wap yang merugikan simpanan air dalam tangki.

Baca komen pengguna mengenainya


5. XMA GS320H Garment Steamer

Produk seterika wap dari XMA. Ia merupakan salah satu produk pilihan yang mendapat pengiktirafan Superbrands Malaysia’s Choice pada tahun 2013. Saiz yang sederhana untuk penyimpanan di mana sahaja sudut yang anda selesa. Dilengkapi dengan saiz tangki besar iaitu 2.7 Liter untuk kegunaan tempoh masa yang lebih lama secara berulang-ulang. Ia turut dilengkapi dengan sistem ati-titisan yang mencegah wap air daripada menitis ke atas lantai. Penyangkut pakaiannya pula boleh dilaras pada pusingan 360 darjah yang memudahkan anda menyesuaikan kedudukan menggosok mengikut keselesaan.

Baca komen pengguna mengenainya


6. Cornell Garment Steamer CGS-S103P

Bagi anda yang masih selesa menggosok pakaian sambil duduk, Cornell Garment Steamer CGS-S103P adalah pilihan terbaik untuk anda. Ia seumpama seterika biasa yang boleh dikendalikan dengan tangan tetapi menggunakan sistem pemanasan wap untuk menghilangkan kedutan pada pakaian. Kapasiti saiz tangkinya adalah 1.5 Liter. Pemegangnya memudahkan ia dialihkan untuk tujuan pengisian air dalam tangki. Harganya lebih murah bagi anda yang mempunyai bajet terhad tetapi dalam masa yang samaberkeinginan untuk memiliki sebuah seterika wap

Baca komen pengguna mengenainya


7. Elba Garment Steamer Iron – C1540

Mempunyai kapasiti tangki bersaiz 1.2 Liter. Walaupun ia hanya memuatkan air dalam kapasiti yang kecil berbanding lain-lain jenama, ia tetap antara pilihan seterika wap terbaik bagi anda yang tidak memerlukan penggunaan seterika secara kerap. Dengan tinag penyangkut baju yang boleh dilaras ketinggiannya, anda juga boleh menggalakkan anak anda yang bersekolah melatih menggosok sendiri pakaian sekolah. Pasti mereka gembira menggunakan seterika wap dari Elba ini.

Baca komen pengguna mengenainya


8. Firenzzi 2 In 1 Humidifier + Garment Steamer FGS 218

Seterika wap yang mempunyai sistem dwi fungsi iaitu menggosok pakaian dan pelembap udara untuk ruang kediaman anda. Kedua-duanya mempunyai sistem kawalan suhu yang berbeza. Pilihan bijak bagi mereka yang inginkan penjimatan wang dan ruang. Ia dibekalkan dengan ruang penyimpanan air bersaiz 2.0 Liter. Bagi kawalan suhu, terdapat empat pilihan yang mana setiap satunya mempunyai fungsi tersendiri dan penggunaan tenaga yang berbeza. Jumlah penggunaan tenaga bagi setiap kawalan suhu antara 300 sehingga 1500 watt. Ia mampu menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sebanyak 30 peratus.

Baca komen pengguna mengenainya


9. Tefal Press & Steam

Rekabentuk seterika wap Tefal Press & Steam ini agak berbeza di mana ia dilengkapi dengan penyangkut baju berpenghadang untuk mengelakkan baju bergerak-gerak ketika anda menggosok pakaian. Anda boleh mengendalikan kerja dengan hanya sebelah tangan sahaja tanpa perlu bersusah payah memegang pakaian supaya tidak bergerak. Ia selamat digunakan untuk pelbagai jenis material kain, selamat serta mengurangkan risiko pakaian hangus. Ia juga berfungsi menghilangkan bau tidak enak seperti hapak dan bau lembap pada pakaian.

Baca komen pengguna mengenainya


10. Philips Steam & Go 2 in 1 Handheld Garment Steamer GC332/60

Rekabentuk seterika wap dinamik dan fleksibel sesuai bagi mereka yang menyukai gaya minimal. Ia menjimatkan ruang penyimpanan anda secara maksima kerana ia tidak memerlukan ruang yang besar untuk penyimpanan. Seterika wap boleh genggan ini walaupun bersaiz kecil tetapi mempunyai sistem pemanasan wap yang berkemampuan untuk menggosok pakaian dengan rapi. Pemanasan bermula kurang dari 1 minit selepas dihidupkan. Anda boleh menggosok pakaian dengan cepat tanpa perlu menunggu pemanasan yang lama. Dibekalkan dengan kapasiti tangki air bersaiz 6.0 Liter cukup untuk kegunaan harian.

Baca komen pengguna mengenainya