7 Resipi French Toast Yang Anda Jarang Buat Untuk Keluarga

Product Details

Bila menyebut tentang roti roti french toast, pasti anda membayangkan sarapan pagi secawan kopi ‘o’ panas dinikmati dengan beberapa keping hidangan roti bakar french toast di kafe kopitiam. Tiada roti french toast yang lebih enak di Malaysia ini kecuali kafe kopitiam.

Sebenarnya anda tidak perlu ke kafe kopitiam setiap kali ingin menikmati sepiring hidangan french toast. Di rumah pun anda boleh menyediakan hidangan roti french toast dalam kuantiti yang lebih banyak untuk anda makan sepuas-puasnya! Lebih menarik lagi anda boleh hasilkan pelbagai idea hidangan roti french toast yang jauh lebih lazat daripada apa yang pernah dinikmati di kopitiam. Anda cuma memerlukan sedikit kerajinan untuk menyediakan roti french toast gaya tersendiri yang jauh lebih enak sebagai bekalan untuk anak-anak ke sekolah dan suami ke pejabat.

Jom kita lihat 7 resepi roti french toast yang pasti membuatkan anda dan sekeluarga berselera menikmatinya. Pasti lebih sedap dan kreatif!


1. Masala French Toast

Tidak pernah terfikir selama ini wujud roti french toast ala India. Pasti anda dapat membayangkan bagaimana begitu enaknya hidangan masakan India. Pastilah keenakan Masala French Toast ini sehebat masakannya yang lain. Bagi anda yang kurang menggemari hidangan manis, french toast ala India ini sesuai untuk anda. Bukan sahaja sedap, malah sihat untuk dinikmati sepanjang masa.

Bahan-Bahan :

  • 3 keping roti dipotong bentuk segitiga
  • 4 biji telur
  • Mentega
  • 2 sudu susu segar
  • 1 sudu chilli flakes
  • Garam
  • Daun ketumbar dicincang halus
  • 1/4 sudu serbuk lada hitam
  • 1 biji bawang merah dipotong dadu
  • 3 biji cili hijau atau merah dipotong

Cara Membuatnya :

  1. Pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul sehingga kembang. Tambahkan susu segar, chilli flakes, garam dan serbuk lada hitam.
  2. Kemudian panaskan pan masakan jenis non-stick. Cairkan sedikit mentega.
  3. Ambil roti yang telah dipotong sekeping demi sekeping. Celupkan ke dalam telur sekeping demi sekeping. Pastikan celupan rata ke seluruh permukaan roti.
  4. Bakar di atas kuali yang telah panas. Taburkan potongan bawang, daun ketumbar dan potongan cili di atasnya. Tabur sedikit serbuk lada hitam.
  5. Dengan menggunakan sudu, masukkan sedikit cairan telur di atasnya. Balik-balikkan roti sehingga masak.
  6. Roti sedia untuk dihidangkan bersama teh panas.

2. French Toast Daging Salai / Sosej Berkeju

Menjadi kesukaan kanak-kanak apabila menikmati apa jua jenis makanan bersama keju leleh. Resepi french toast keju leleh dengan kepingan daging salai atau sosej ini adalah antara resepi viral di media sosial. Ramai ibu menyukainya sebagai hidangan petang untuk seisi keluarga.

Bahan-Bahannya :

  • 1 bungkus roti sandwich
  • 1 bungkus sosej
  • Keju cheddar
  • 2 biji telur

Cara-caranya :

  1. Sediakan 2 keping roti.
  2. Letakkan sekeping keju di atasnya
  3. Potong keju yang telah dipotong kecil di atas keju secara teratur.
  4. Lapisi bahagian sosej yang telah disusun tadi dengan sekeping lagi keju di atasnya.
  5. Pecahkan dua biji telur dalam pinggan dan kacau sehingga kembang.
  6. Celupkan roti ke dalam bancuhan telur.
  7. Seterusnya panaskan kuali dan bakar roti sehingga keperangan.
  8. Jika suka, anda juga boleh tambahkan sos. Sedia untuk dinikmati.

3. French Toast Mentega Kacang & Pisang Bermadu

View this post on Instagram

This is an older recipe, but still one of my FAVORITES! After all, you can't go wrong with peanut butter and bananas together, right? Get the recipe for this Peanut Butter and Banana French Toast @pumpkin_n_spice or head over to: https://www.pumpkinnspice.com/peanut-butter-and-banana-french-toast/ ?? #foodblogger #pumpkinnspiceblog #instayum #instafood #foodpics #foodie #feelgoodfood #eeeats #foodporn #igfoood #foodstagram #spoonfeed #nomnom #onmytable #bhgfood #foodshare #foodofig #beautifulfood #yummy #hungry #recipe #forkyeah #tasty #eeeeats #frenchtoast #peanutbutter #bananas #peanutbutterfrenchtoast #bananafrenchtoast #breakfast

A post shared by Gayle / Pumpkin 'N Spice (@pumpkin_n_spice) on

 

Pasti ramai daripada kita yang menggemari keenakan mentega kacang. Tiada cara yang lebih baik menikmatinya selain daripada menyapunya di atas kepingan roti. Apa kata anda hasilkan french toast mentega kacang istimewa untuk keluarga anda hujung minggu ini. Pasti sedap!

Bahan-Bahan :

  • 10 Keping roti sandwich
  • Mentega kacang
  • 2 biji pisang dipotong
  • 5 biji telur
  • 2 cawan susu segar
  • 2 sudu teh ekstrak vanila
  • 1/2 sudu serbuk kayu manis
  • 6 sudu besar breadcrumbs
  • Mentega/Butter
  • Sirap maple atau madu

Cara-caranya :

  1. Sapu mentega kacang di atas sebelah permukaan roti yang telah dipotong.
  2. Seterusnya susu kepingan pisang yang telah dipotong di atas permukaan roti yang telah disapu mentega. Gunakan untuk 4 keping roti mengikut ketebalan yang anda sukai.
  3. Panaskan pan non-stick dan cairkan sedikit mentega atau butter.
  4. Pecahkan telur dalam sebiji mangkuk. Pukul rata bersama-sama dengan tambahan susu segar, ekstrak vanilla dan serbuk kayu manis.
  5. Rendam seketika biar rata roti tadi ke dalam adunan telur. Kemudian masukkan dalam pinggan berisi breadcrumbs dan ratakan pada roti secara membalik-balikkan kedua-dua belah roti.
  6. Bakar antara dua ke tiga minit kedua-dua belah roti.
  7. Hidangkan di atas pinggan. Tambbahkan sirap maple atau madu untuk lebih sedap.

4. French Toast Telur Mata

Bahan-Bahan :

  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1/8 cawan gula
  • 2 sudu mentega
  • 3 biji telur
  • 1 keping roti tebal, contoh roti benggali
  • 1/8 cawan susu segar
  • Garam
  • Minyak sayuran
  • Sirap maple

Cara-Caranya :

  1. Panaskan oven pada suhu 175 darjah celcius.
  2. Campurkan gula dan serbuk kayu manis bersama dalam piring kecil.
  3. Cairkan mentega dalam kuali non-stick di atas dapur.
  4. Dengan menggunakan mulut cawan bersaiz bulat kecil, tekapkan ia di atas permukaan roti untuk membentuk satu lubang. Alihkan roti yang telah ditebuk lubang tersebut.
  5. Pukul kembang telur dalam mangkuk. Tambah sedikit susu segar.
  6. Rendamkan roti yang telah ditebuk tadi ke dalam telur. Masakkan roti di atas kuali panas dengan mentega yang telah cair tadi sehingga berubah warna.
  7. Kemudian alihkan roti di atas pan pembakar yang telah disapu minyak masakan. Taburkan dengan sedikit gula ising.
  8. Pecahkan telur di atas lubang roti yang telah ditebuk tadi.
  9. Bakar selama kira-kira 10 minit dalam oven.
  10. Nikmati dengan sirap maple.

5. French Toast Ala Siam

Orang Thailand menikmati french toast dengan cara yang cukup ringkas iaitu roti yang dimasak dan dinikmati dengan susu pekat manis. Anda boleh menghidangkan french toast ala siam ini secara paling pantas tanpa perlu berkejar ke tempat kerja.

Bahan-Bahan :

  • 1/2 cawan susu penuh krim
  • 2 biji telur
  • 1/2 sudu gula
  • Sedikit garam
  • Mentega/Butter
  • 4 keping roti sandwic
  • 2 cawan minyak sayuran
  • Susu pekat manis

Cara-Caranya :

  1. Pukul telur bersama dengan susu penuh krim, gula dan sedikit garam.
  2. Panaskan kuali non-stick di atas dapur. Cairkan mentega atau butter.
  3. Rendam kepingan roti ke dalam telur sehingga terendam sepenuhnya.
  4. Masak di dalam kuali yang telah dipanaskan. Balik-balikkan sehingga kedua-dua belah roti masak dengan serata sehingga ia bertukar warna keperangan.
  5. Hidangkan roti di atas pinggan. Letakkan susu cair di atasnya. Anda boleh tambahkan buah-buahan seperti strawberi, buah beri dan sebagainya sebagai hiasan tambahan.

7. French Toast Buah Labu

Bahan-Bahan :

  • 4 Keping roti sandwich
  • 4 biji telur
  • 3/4 cawah susu segar
  • 1/2 cawan labu yang telah direbus dan dikisar.
  • 1 sudu teh ekstrak vanila
  • Garam
  • Butter/Mentega

Cara-Caranya :

  1. Campurkan telur, ekstrak vanila, garam, susu dan puri labu ke dalam satu bekas rata. Pukul sehingga kembang dan rata.
  2. Panaskan pan memasak di atas dapur. Cairkan sedikit mentega atau butter.
  3. Celup atau rendamkan sepenuhnya roti ke dalam campuran telur. Masak di atas pan sehingga kedua-dua permukaan roti bertukar warna dan masak sepenuhnya.
  4. Sedia dihidangkan di atas pinggan bersama-sama aiskrim vanila yang segar.

 


7. French Toast Krim Strawberi

Bahan-Bahan :

  • 8 keping roti sandwich
  • 4 sudub esar atau lebih cream cheese/cream cheese spread
  • 1 sudu besar madu
  • 2 biji telur
  • 1/4 cawan freshmilk
  • 6 sudu besar breadcrumbs
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar serbuk kayu manis
  • Beberapa biji strawberi dihiris nipis.
  • Butter untuk menggoreng

Cara-Caranya:

  1. Untuk krim, gaul cream cheese bersama-sama dengan madu dan ketepikan.
  2. Pecahkan telur dalam sebuah mangkuk. Tambahkan sedikit susu segar. Pukul dan ketepikan seketika.
  3. Sediakan pinggan yang mengandungi serbuk breadcrum. Campurkan bersama serbuk kayu manis.
  4. Sapukan sebelah permukaan roti dengan cream cheese. Lapisi atasnya dengan hirisan buah strawberi. Lapisi diatasnya dengan sekeping roti lain.
  5. Panaskan mentega dalam pan masakan. Celup roti tadi ke dalam bancuhan telur dan balik-balikkan roti dalam serbuk breadcrumbs tadi.
  6. Goreng dengan api perlahan sehingga warna roti bertukar keperangan.
  7. Hidangkan dengan aiskrim vanila atau makan begitu sahaja bersama teh panas.
Get Reviews Widget

Leave a review

You may also like...