7 Perkhidmatan Menghias Lanskap Rumah Di KL & Selangor

Product Details

Memiliki halaman rumah dengan hiasan lanskap yang indah tentunya menjadi impian bagi setiap keluarga. Anda boleh bayangkan betapa seronoknya jika dapat bersantai-santai bersama keluarga di halaman rumah yang dihias indah dengan hiasan pokok-pokok, bunga-bungaan serta binaan air terjun buatan bersaiz kecil dilengkapi dengan kolam ikan. Ia umpama taman mini kecil untuk anda dan keluarga duduk meluangkan masa bersama-sama di waktu petang. Anda tidak perlu ke taman awam lagi kerana lanskap halaman rumah anda yang indah itu sudah cukup indah dan menenangkan.

Bagi kebanyakan penduduk yang tinggal di bandar yang membangun seperti Kuala Lumpur, memiliki rumah dilengkapi dengan saiz halaman yang sederhana agak sukar untuk dicapai. Kebanyakan rumah di Kuala Lumpur hanya melayakkan anda memiliki sebuah rumah bertingkat tanpa tanah. Sama ada apartment, kondominium mahupun rumah flat bertingkat. Bagi mereka yang bertuah, mendapatkan rumah bertingkat dengan ruang beranda yang luas sudah cukup bertuah. Sekurang-kurangnya ruangan kecil beranda itu dapat dimanfaatkan untuk tujuan tertentu.

Namun, ada juga yang mampu memiliki banglo dilengkapi dengan halaman rumah. Anda sungguh bertuah kerana dengan halaman itu anda boleh mengadakan sebuah lanskap indah untuk keluarga anda. Jangan sia-siakan ruang yang ada. Anda boleh dapatkan perkhidmatan menghias lanskap rumah di Kuala Lumpur & Selangor dengan bantuan 10 syarikat pemaju lanskap rumah ini.


1.Terra Garden

Terra Garden menyediakan perkhidmatan merekabentuk dan menghias pelbagai jenis halaman. Antaranya rumah berbentuk semi-D, banglo, rumah teres serta rumah bertingkat yang mempunyai balkoni yang ingin dihiaskan menjadi satu ruang santai, menenangkan dan indah. Bagi pemilik-pemilik syarikat yang mempunyai ruang halaman pejabat yang ingin dimanfaatkan menjadi sebuah ruang rehat yang penuh kehijauan sebagai ruang berehat pekerja-pekerjanya, anda boleh memilih Terra Garden sebagai perekabentuk hiasan laman idaman anda. Tidak kira sama ada ruangan tersebut luas atau kecil, Terra Garden akan menyesuaikan hiasannya mengikut kesesuaian saiz ruangan anda.

Terra Garden mempunyai konsepnya yang tersendiri dalam seni hiasan laman dengan menekankan konsep halaman “Malaysian”. Anda boleh membayangkan sebuah laman yang dihiasi hiasan bunga tropika di sebalik dinding dan hiasan kayu yang utuh. Kayu adalah lambang keutuhan kediaman masyarakat Melayu di Nusantara. Itulah konsep yang cuba diketengahkan oleh Terra Garden untuk kebanyakan pelanggan kita. Bukan sahaja menekankan konsep kemelayuan, malah turut menggabungkan tema pelbagai kaun di Malaysia termasuk Cina dan India. Pasti anda akan berpuas hati dengan konsep hiasan laman seumpama ini yang membuatkan anda rasa lebih dekat dengan identiti sendiri sebagai rakyat Malaysia.

Alamat : Terra Garden Design Sdn.Bhd, RT-3, 6th Floor, Rooftop, The Gardens Mall, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200, Kuala Lumpur

Laman Web : https://www.terragarden.com.my/

Facebook : https://www.facebook.com/terragardenmy/


2. Landart Design

Landart Design diwujudkan sejak tahun 1998. Syarikat ini menyediakan khidmat hiasan lanskap khusus untuk pelanggan di Malaysia dan mereka turut meluaskan sayap di beberapa negara seperti Indonesia, Vietnam dan Abu Dhabi. Mereka mendapat permintaan menghias lanskap untuk pelbagai konsep laman seperti rumah banglo, laman hotel, laman kondominium, taman permainan, taman rekreasi dan lain-lain yang saiz skalanya lebih besar. Konsep mereka adalah keseimbangan antara fungsi dan seni dengan menfokuskan kepada interaksi pembangunan antara tekstur, warna, cahaya dan ruang dalam satu idea hiasan. Laman anda akan menjadi sebuah ruang yang cantik dan selesa untuk dihayati bersama-sama. Terdapat dua pejabat utama Landart Design iaitu di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Alamat : D2-6-13, Solaris Dutamas, No 1, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur.

Laman Web : http://www.landart.com.my/

Facebook : https://www.facebook.com/Landart-Design-118399702249252/


3. Absolute Gardens

Absolute Garden komitmen dalam menyediakan lanskap yang indah dan berseni untuk laman rumah anda. Menekankan hiasan laman berkonsep tropika yang membuatkan anda rasa lebih dekat dengan kehijauan alam. Dengan ini anda dapat menikmati kesegaran laman dalam suasana penuh harmoni dan penuh ketenangan. Daripada pemilihan tumbuh-tumbuhan, senibina material binaan kayi, bentuk kolam renang, air terjun hiasan, kolam ikan dan sebagainya, kesemuanya direbentuk secara halus dan teliti dengan gabungan idea yang sepadan bagi setiap pembangunan laman. Semakin luas ruang laman anda, semakin menarik suasana yang anda bakal nikmati. Tanpa mengira apapun saiz ruang  yang anda miliki, Absolute Garden pasti akan menyesuaikan konsep hiasan yang anda inginkan berserta panduan hiasan yang dicadangkan oleh arkitek-arkitek mereka.

Alamat : Lot 13A, Garden Mart, Persiaran Tropicana Selatan, 47301 Petaling Jaya, Selangor.

Laman Web : http://www.absolutegardens.com.my/


4. Lifestyle Gardens

Lifestyle Garden mencipta inspirasi hiasan laman bagi mereka yang ingin mengurangkan tekanan dan mengembalikan ketenangan jiwa di ruang halaman kediaman anda. Halaman anda akan ditukar daripada sebuah laman kosong yang membosankan kepada raung santai yang dikelilingi keindahan tumbuhan hijau yang penuh mesra. Keinginan untuk memiliki laman yang dikelilingi kehijauan, air terjun binaan, kolam ikan dan kolam renang akan dapat dipenuhi dengan gabungan idea laman idaman anda dan gaya senireka Lifestyle Garden yang unik dan tersendiri. Lanskap hiasan yang dibentangkan di ruang idaman akan memberikan ketenangan untuk seluruh ahli keluarga anda seperti tiada taman lain yang lebih indah daripadanya. Selain mengihias laman secara sepenuhnya, mereka juga menyediakan khidmat menyelenggara halaman.

Alamat : No. 3, Jalan 2/17, Taman Kinrara, 47180 Puchong, Selangor.

Laman Web : http://www.lifestylegardens.com.my/


5. Eco Roots

Eco Roots Landscaping menginginkan anda menikmati ketenangan dalam ruangan yang membuatkan anda rasa releks selepas setiap kali pulang dari kerja. Tiada tempat yang lebih menenangkan selain dari rumah sendiri. Mereka yang menginginkan ruang balkoni terhias indah dengan kehijauan dan tempat duduk santai yang ringkas tanpa mengira saiz ruang boleh mendaptkan khidmat ERL. Mereka turut menyediakan khidmat hiasan laman terbaik untuk ruangan berskala kecil dan sederhana.

Alamat : No.4, Jalan 9, Taman Kuchai, Off Jalan Puchong, Kuala Lumpur

Laman Web : http://ecoroots.com.my/

Facebook : https://www.facebook.com/ecorootsmy/


6. Rent A Pot Lanscape

Rent A Pot Landscape mementingkan hiasan laman dengan gaya elegen, minimalis dan mempunyai ciri-ciri suasan kampung. Anda boleh mencantikkan laman dengan hiasan menarik seperti tumbuh-tumbuhan, air terjun buatan, kolam ikan, gazebo, rumput karpet, atap berkayu, hiasan lampu, laluan santia dan sebagainya. Ruang laman imaginasi anda dapat dibentangkan secara nyata di ruang kediaman anda dengan teknik hiasan dan kreativiti terbaik seperti yang anda inginkan. Tanpa mengira saiz ruangan yang anda miliki, Rent A Pot Landscape mampu mengubahnya menjadi ruangan yang lebih santai serta pasti mendamaikan jiwa anda sekeluarga.

Alamat : 9-11,Jalan Desa Utama,Off Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur

Laman Web : https://www.rap.com.my/

Facebook : https://www.facebook.com/pg/rapscape


7. Walrus Design

Walrus Design berpangkalan di Malaysia dan Singapura. Mereka menyediakan hiasan lanskap untuk laman berskala besar seperti hiasan laman hotel, pusat rekreasi, laman pejabat serta rumah banglo. Mereka menampilkan idea hiasan berkonsep moden tanpa meningabaikan keperluan suasan kehijauan untuk anda bersantai dalam suasana yang penuh dengan ketenangan. Walrus Design adalah pilihan terbaik bagi syarikat-syarikat yang ingin membangunkan lanskap laman yang diperlukan.

Alamat : Block A-6-13A, Ativo Plaza, Jalan PJU 9/1 Damansara Avenue, Bandar Sri Damansara 52200 Kuala Lumpur

Laman Web : http://asianwalrus.com/

Get Reviews Widget

Leave a review

You may also like...