Pelbagai hal kecemasan boleh berlaku pada saat anda memandu kereta di jalan raya. Kereta rosak, tayar pecah, tali keledar tersangkut, anak sakit perut dan sebagainya. Kecemasan semasa dalam perjalanan menaiki kereta ke sesuatu destinasi bukan hanya melibatkan kerosakan kenderaan. Kita tidak dapat meramal jenis kecemasan yang berlaku semasa menaiki kereta. Sama ada ia melibatkan kerosakan pada kereta atau perkara-perkara yang tidak dijangka berlaku di sekeliling.

Oleh itu, bonet kereta anda tidak harus dibiarkan kosong begitu sahaja. Laci kecil kereta anda yang masih tidak terisi itu masih boleh dimuatkan dengan menyimpan beberapa peralatan penting bersaiz kecil.

Bagi yang masih belum pasti apakah peralatan tersebut, ini dia 10 peralatan penting perlu disimpan dalam kereta untuk kecemasan.

1. Buku Manual Kenderaan

Membaca buku panduan kenderaan atau manual kenderaan mungkin agak membosankan. Tetapi jangan sampai anda menbuangnya. Hanya pengeluar kereta yang mengetahui kesemua aspek teknikal berkenaan kenderaan yang anda beli. Kesemua panduan itu hanya boleh didapati dalam buku panduan manual. Pastikan buku ini sentiasa disimpan dalam laci kecil kenderaan anda. Tidak banyak ruang yang diperlukan untuk menyimpan sebuah buku panduan kenderaan. Jadi, ya! Jangan abaikan kepentingannya hanya kerana anda boleh mendapatkan mekanik apabila berlaku sebarang masalah pada kenderaan anda.

2. Pemotong Tali Keledar

Tidak kira sama ada anda ingin menyimpan gunting atau peralatan pemotong khas tali keledar iaitu seat belt cutter, ianya sangat penting. Bayangkan jika tiba-tiba tali keledar anda tersangkut atau kepala pengunci tali keledar tiba-tiba tidak berfungsi. Tentu keadaan akan bertukar cemas lebih-lebih lagi jika anda seorang diri dalam kereta. Bayangkan juga jika tiba-tiba kenderaan anda terbabas. Anda selamat tetapi perlu melepaskan diri dari tempat duduk dan keluar dari kereta secepat yang mungkin. Tetapi berlaku perkara tidak dijangka iaitu kerosakan pada tali keledar menyebabkan anda terperangkap tidak dapat melepaskan diri. Oleh itu pastikan terdapat alat pemotong bersaiz kecil disimpan ditempat duduk pemandu atau kelendan pada kedudukan yang mudah dicapai.

3. Kabel Jumper

Peralatan ini mungkin agak teknikal untuk digunakan terutama bagi pemandu wanita. Ia sangat penting apabila enjin kereta tidak dapat dihidupkan disebabkan bateri. Jika anda tidak yakin untuk menggunakannya sebaiknya anda terus sahaja menelefon mekanik untuk bantuan. Pengendalian jumper bateri melibatkan dua buah kereta dimana salah satunya mengalami masalah bateri. Panduan tentang pengendalian kabel jumper kebiasaanya ada dicatatkan dalam buku panduan manual kenderaan semasa anda membeli kereta.

Jika salah cara pengendalian bateri kereta mungkin akan meletup. Kerosakan litar pintas juga boleh berlaku  yang akan merosakkan kedua-dua kenderaan. Jadi, anda perlu berhati-hati!

4. First Aid

Anda perlu menyimpan alat bantuan kecemasan yang menyimpan peralatan perubatan asas. Antara peralatan first aid yang perlu ada ialah bandage, gunting, cecair antiseptik, kapas alkohol, plaster, aspirin, safety pin, pek ais dan lain-lain. Peralatan kecemasan perubatan ini dapat digunakan jika berlaku kecederaan disebabkan kemalangan. Ia mungkin tidak digunakan untuk anda. Tetapi bayangkan jika berlaku kemalangan di depan mata anda. Mungkin akan ada individu yang mengalami kecederaan ringan di mana rawatan awal boleh dilakukan dengan menggunakan peralatan first kid.

5. Pemecah Cermin

Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil window breaker. Sebagaimana pentingnya menyimpan pemotong tali keledar, anda juga perlu sentiasa memastikan alat pemecah cermin tingkap sentiasa berada di bahagian sisi pemandu atau dalam laci kenderaan. Pemecah cermin boleh digunakan apabila berlaku kerosakan pada butang tingkap. Perkara ini dapat mengelakkan kes kematian dalam kenderaan akibat lemas. Kebanyakan pemandu kenderaan menyimpan pemecah cermin sebagai pertahanan diri terpaksa bertembung dengan pembuli jalan raya. Memang menakutkan jika ini terjadi kepada anda! Jadi bersedia dengan satu alat yang boleh dijadikan senjata pertahanan diri. Kecuali jika anda berkebolehan dalam seni bela diri.

6. Set Alat Penukar Tayar

Tidak ramai yang sanggup membelanjakan duit menyediakan alat kelengkapan menukar tayar. Menukar tayar akibat tayar bocor atau pecah tidak sesukar seperti yang difikirkan. Ia agak teknikal bagi wanita. Oleh kerana itu anda memerlukan set kelengkapan penukar tayar lengkap. Antara alatan yang diperlukan ialah automatik Jack, impact wrench, length cigarette adaptor cable, fuse replacement dan lug socket. Anda perlu peka dalam memilih peralatan terutama alat untuk membuka nut tayar dan menaikkan jack. Kedua-dua kerja ini amat merumitkan jika anda menggunakan peralatan yang biasa. Anda perlu melabur sedikit wang untuk mendapatkan peralatan terbaik untuk penukaran tayar.

7. Tayar Gantian

Ramai yang masih tidak peduli tentang kepentingan tayar simpanan. Bila sudah berlaku tayar pancit atau bocor di tengah jalan, barulah terlintas di fikiran akan kepentingan menyimpan tayar simpanan dalam bonet kereta. Walaupun tayar gantian hanya sesuai digunakan saat kecemasan, ia masih boleh menjadi penyelamat keadaan ketika terdesak. Anda cuma perlu memastikan keadaan tayar simpanan dalam keadaan elok seperti keadaan bunga tayar dan tidak memandu dengan had laju yang tinggi. Tayar gantian berbeza keadaanya dengan tayar utama. Jadi ia hanya sesuai untuk kegunaan sementara. Apapun, ia sememangnya penting di saat-saat kecemasan.

8. Kon Segi Tiga

Banyak terjadi kes pemandu kenderaan dilanggar ketika berhenti di lorong kecemasan akibat kenderaan yang rosak. Sememangnya lorong kecemasan seharusnya menjadi lorong yang selamat apabila kenderaan rosak di jalan raya. Namun malang tetap tidak berbau. Semasa berhenti di lorong kecemasan, anda perlu segera mengeluarkan papan amaran atau kon segi tiga. Kon segi tiga seharusnya diletakkan kira-kira 45 meter dari belakang kenderaan yang rosak atau kemalangan. Anda juga boleh meletakkannya di sisi laluan supaya mudah dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain.

9. Lampu Suluh

Penting apabila anda mengalami kecemasan di jalan raya pada waktu malam yang gelap. Terutama di lebuh raya yang sunyi ketika dalam perjalanan jauh. Bayangkan betapa sukar anda hendak menyemak enjin kenderaan yang bermasalah dalam kegelapan malam ketika di jalan raya. Ia juga sangat membantu ketika anda mencari sesuatu peralatan kenderaan di malam hari. Anda boleh mendapatkan lampu suluh biasa dan lampu suluh jenis LED flashlight yang jauh lebih cerah. Pastikan anda sentiasa menyemak baterinya untuk memastikannya berfungsi dengan baik.

NiteCore MT10A 920 Lumen Multitask Tactical Led Flashlight

10. Botol Air Mineral

Botol kosong yang tidak memerlukan modal yang banyak. Cukup dengan hanya menyediakan sebotol air mineral kosong bersaiz 1.5 liter. Ia cukup berguna di saat kenderaan anda kehabisan minyak. Botol mineral kosong ini boleh diisi dengan minyak kenderaan apabila anda menuju ke stesen minyak berhampiran. Sekurang-kurangnya anda tidak perlu berpenat lelah menolak kenderaan ke stesen minyak. Anda boleh saja menumpang pemandu atau penunggang motosikal yang boleh membawa anda ke stesen minyak berhampiran. Isikan minyak dalam botol mineral kosong supaya anda dapat mengisinya kembali dalam tangki kenderaan anda yang kehabisan minyak.