Memiliki jam senaman yang dapat memantau trek rekod tahap kecergasan dan kesihatan anda dalam aktiviti kecergasan tentunya satu kelebihan yang wajib dimiliki. Jam senaman adalah monitor kesihatan yang memaparkan laporan penting berkaitan senaman seperti kadar denyutan jantung, jarak larian, kelajuan larian, nilai pembakaran kalori dan sebagainya.
Teknologi ukuran jam kecergasan yang mampu dipaparkan dengan mudah secara automatik sememangnya satu teknologi yang anda harus manfaatkan terutama bagi mereka yang bersenam. Terpulang kepada pengguna untuk mengenenal pasti jenis ukuran pemantauan kecergasan yang diperlukan. Kebiasaannya, semakin banyak fungsi dan ciri trek rekod yang boleh dipaparkan, semakin berbaloi untuk anda miliki dan semakin mahal jam kecergasan tersebut.
Untuk itu biar kami cadangkan kepada anda 5 jam senaman terbaik bagi mereka yang fit dan gemar bersenam.
1. Xiaomi Mi Band 2
Jam kecergasan terbaik oleh Xiaomi. Ia adalah jam pintar yang menggabungkan pelbagai ciri ukuran kecergasan pada harga yang berpatutan untuk dimiliki. Ia mula berada di pasaran sejak tahun 2016. Saiznya kecil berwarna hitam, bergaya dan ringan untuk pemakaian yang selesa di pergelangan tangan. Mempunyai skrin paparan OLED untuk anda melihat masa, bilangan langkah kaki dan mengesan kadar denyutan jantung dalam sebarang keadaan termasuk ketika anda sedang bersenam.
Terdapat nyalaan lampu yang akan berkelip mengikut kadar kelajuan jantung anda. Malah ia juga mampu mengesan kadar denyutan jantung semasa anda sedang tidur, dengan syarat anda memakainya semasa tidur. Ia juga mempunyai sistem penggera di mana bunyi amaran akan diberikan apabila anda duduk terlalu lama di atas kerusi. Sudah tentu jam pintar ini tidak senang jika anda duduk terlalu lama tanpa sebarang aktiviti senaman.
Anda boleh menghubungkan fungsi Mi Band 2 dengan telefon pintar Android menerusi muat turun aplikasi yang disediakan. Jam pintar ini membantu anda menghantar notifikasi jika terdapat sebarang mesej dan panggilan di terima oleh telefon pintar anda. Anda tidak perlu risau tentang hujan dan ketika berenang di dalam air kerana ia dicipta lasak dan kalis terhadap sebarang rintangan termasuk air.
2. Fitbit Charge 2
Fitbit, pengeluar jam kecergasan pintar antara yang terlaris di pasaran. Ia mempunyai pelbagai fungsi pengesanan kecergasan yang membantu anda memantau tahap setiap aktiviti kecergasan yang dilakukan. Jam pintar ini mampu mengesan secara automatik kadar denyutan jantung anda pada setiap keadaan sama ada ketika sedang bersenam serta ketika sedang stres. Mudah untuk anda memantau tahap emosi anda.
Ia juga memaparkan nilai kalori yang berjaya dibakar daripada aktiviti senaman yang anda lakukan. Setiap aktiviti kecergasan yang anda lakukan seperti larian dan berjalan kaki dapat mengesan nilai kalori yang berjaya dibakar. Untuk membantu anda kekal aktif, ia dilengkapi dengan sistem penggera di mana anda akan diingatkan untuk berjalan 250 langkah bagi setiap satu jam. Lebih canggih lagi, ia mengesan ritma tidur anda termasuk jumlah keseluruhan tidur dan jaga anda setiap hari.
Anda boleh menghubungkan Fitbit Charge 2 terus ke telefon pintar Andorid dan iOS atau menerusi komputer dengan sistem Windows 7. Dengan ini, segala catatan monitor dan graf kecergasan yang direkodkan oleh Fitbit Charge 2 boleh disemak secara langsung menerusi aplikasi yang dipasangkan di telefon pintar dan komputer anda. Anda juga boleh melakukan sebarang penetapan menerusi telefon pintar dengan paparan skrin dan sistem maklumat yang lebih mudah difahami.
3. Huawei Band 2 Pro
Huawei Band 2 Pro menjalankan dua tugas utama iaitu memantau setiap aktiviti kecergasan dan tidur si pemakai sepanjang masa. Menerusi paparan monitor OLED, anda boleh mengesan kadar denyutan jantung, kelajuan, jarak dan arah larian. Setiap aktiviti kecergasan yang anda lakukan sama ada di darat dan di laut, anda boleh memantau tahap kecergasan sendiri secara mudah.
Anda boleh memakainya di dalam air sehingga 5 ATM atau bersamaan 500 meter kedalaman air. Mudah untuk anda melakukan aktiviti laut seperti menyelam skuba dan berenang. Ia juga dilengkapi dengan sistem GPS yang boleh dihubungkan ke telefon anda menerusi aplikasi yang dimuat turun. Dengan rekabentuknya yang ergonomik, anda boleh bergaya setiap masa dalam setiap keadaan.
4. Samsung Gear Fit2
Samsung Gear Fit2 merupakan jam kecergasan dengan rekabentuk moden dan bergaya dilengkapi sistem GPS. Bagi pengguna telefon pintar Samsung, anda tidak perlu lagi membawa telefon pintar anda lagi di saat melakukan aktiviti kecergasan di luar. Dengan jam tangan dilengkapi sistem GPS ini anda boleh mengesan jarak, arah dan kelajuan larian secara langsung semasa aktiviti dilakukan. Sambil menikmati pelbagai aktiviti kesukanan seperti joging, berbasikal dan berjalan-jalan di taman, anda boleh mengesan kadar denyutan jantung secara tepat, kelajuan larian, jumlah langkah kaki dan jarak larian yang anda lalui.
Dengan jam tangan kecergasan Samsung Gear Fit2 juga, anda boleh menetapkan target larian dan target nilai pembakaran kalori yang anda ingin capai setiap kali bersenam. Dengan Samsung Gear Fit2 juga, anda boleh segera berkongsi dengan rakan ke laman Facebook setiap target kecergasan yang anda berjaya capai. Ia mempunyai sistem skrin AMOLED yang lebih besar untuk semakan anda. Anda boleh menetapkan paparan dalam dua bentuk iaitu secara ‘face on’ atau sistem widget. Jam kecergasan Samsung Gear Fit2 ini boleh dipadankan dengan sistem telefon pintar Android 4.4 ke atas dan iPhone iOS 9.0 ke atas. Baterinya mampu bertahan sehingga 3 hari, bergantung kepada kekerapan penggunaan.
5. Garmin Vivosmart 3
Garmin Vivosmart 3 adalah antara produk jam kecergasan terbaik yang dicadangkan untuk anda. Ia boleh digunakan untuk kegunaan di darat dan di dalam air. Baterinya mampu bertahan sehingga lima hari. Antara fungsi penting yang membantu si pemakai ialah pemantauan nilai pembakaran kalori, pengesanan jumlah langkah, pengesanan kadar denyutan jantung, ketinggian tingkat menerusi laluan tangga, pemantauan tidur dan sebagainya. Anda boleh bebas menggunakannya di dalam air untuk aktiviti berenang dan menyelam.
Garmin Vivosmart 3 juga boleh mengesan jika anda sedang mengalami stres atau tekanan melalui pengesanan kadar denyutan jantung yang tepat. Dengan memakai Garmin Vivosmart 3, anda tentunya dapat mengawal tahap stres dengan sistem amaran yang dibunyikan. Sistem jam kecergasan ini ingin memastikan emosi anda sentiasa dalam keadaan stabil dengan menggalakkan anda berehat seketika untuk mengembalikan mood yang tidak stabil.
Anda boleh menghubungkan ia dengan sistem komputer di mana segala catatan monitor berkaitan aktiviti yang dilakukan akan disimpan untuk anda membuat semakan semula di rumah dengan mudah. Selain itu, ia juga boleh dihubungkan terus dengan telefon pintar. Selain menyemak menerusi monitor kecil jam, anda boleh melihat dan melakukan sebarang tetapan jam secara langsung menerusi telefon pintar anda. Jam pintar ini juga dilengkapi ciri lain yang lebih moden seperti sistem bacaan emel, pesanan ringkas dan notifikasi akaun media sosial milik anda.