8 Mitos Tidak Patut Anda Dengar Mengenai Tidur Bersama Bayi

Product Details

Pernahkah anda mendengar cakap-cakap yang tidak enak mengenai mitos ibu bapa tidur bersama bayi? Adakalanya topik di kalangan ibu bapa mengenai tidur bersam bayi menjadi satu isu kontroversi yang mencetuskan pelbagai perdebatan yang tidak enak didengar. Berkongsi tempat tidur yang sama antara kanak-kanak dengan katil yang digunakan oleh ibu bapa diamalkan oleh ramai pasangan suami isteri di seluruh dunia sejak zaman berzaman. Ada yang berpendapat ia berkaitan dengan amalan budaya yang diamalkan untuk tujuan tertentu. Namun pada zaman yang semakin moden ini, isu ibu bapa tidur bersama bayi bukan lagi dianggap sebagai satu amalan budaya.

Pelbagai faktor mempengaruhi kecenderungan ibu bapa untuk tidur bersama anak kecil mereka. Setiap ibu bapa pastinya mempunyai alasan tersendiri apabila merasakan lebih selesa tidur bersama bayi. Sebenarnya tidak semua perkara yang anda dengan tentang ibu bapa tidur bersama bayi itu tidak baik. Adakalanya ibu bapa terkeliru antara fakta, keadaan dan mitos yang sering berkicau mengenainya. Tidak salah seandainya ibu bapa memilih untuk tidur bersama anak-anak mereka yang masih dalam proses tumbesaran. Terdapat beberapa mitos tidak patut anda dengar mengenai tidur bersama bayi. Mari kita lihat apakah mitos yang sering kita dengar mengenainya.

1.Mitos Tidur Bersama Bayi : Membahayakan Keselamatan Bayi

Apabila menyebut tentang perkongsian katil ibu bapa dengan si kecil, tentu anda membayangkan kesuntukan ruang katil sehingga memberi ancaman kepada keselamatan bayi. Sebenarnya apabila si ibu tidur bersama bayi di atas katil yang sama, bayi akan lebih selamat yakni mampu mengelakkan mereka dari jatuh ke bawah katil. Perlindungan ini berlaku apabila bayi diletakkan di sisi bawah lengan ibu di samping ibu tidur dalam keadaan mengiring. Walaubagaimanapun, anda perlu mengelakkan meletakkan bantal bersaiz besar di sekeliling bayi untuk mengelakkan daripada bayi lemas. Semasa bayi tidur bersama ibu di atas katil yang sama, tindak balas dan pergerakan bayi lebih mudah disedari oleh si ibu yang berada di sisi bayi. Ibu akan segera memberikan respon terhadap bayi mereka seperti ketika mereka menangis disebabkan lapar pada tengah malam.

2.Mitos Tidur Bersama Bayi : Bayi Susah Belajar Berdikari

Bagi seorang bayi yang baharu lahir saat terbaik mereka adalah ketika bersama ibu dan bapa. Bayi yang berusia dua tahun ke bawah dapat belajar lebih banyak perkara apabila sentiasa berada bersama ibu dan bapa mereka. Membiarkan bayi anda yang masih belum mampu berjalan, minum susu sendiri dan tidur tanpa pemerhatian orang dewasa bukanlah cara terbaik untuk mendidik mereka menjadi seorang yang berdikari. Bayangkan bagaimana seorang bayi tidur dalam bilik yang gelap dan tiba-tiba menangis kerana menyedari ibu dan bapa mereka tiada di sini. Ini akan membuatkan mereka semakin takut dan hilang semangat apabila dibiarkan berseorangan di dalam bilik yang gelap tanpa pemerhatian ibu bapa. Sebaliknya ibu bapa yang sentiasa menemani mereka termasuk ketika di tempat tidur akan membuatkan mereka lebih selamat, yakin dan tidak takut menghadapi persekitaran yang tidak dijangkakan.

3.Mitos Tidur Bersama Bayi : Ibu Bapa Sukar Melakukan Hubungan Intim

Memang tidak wajar melakukan hubungan seks di hadapan anak-anak dan amat mustahil bagi mana-mana ibu bapa melakukan perkara sedemikian. Namun hubungan seks dengan pasangan tidak terhad di atas katil dan pada waktu malam sahaja. Anda sebenarnya masih memiliki waktu-waktu peribadi yang boleh diselitkan untuk aktiviti seks bersama pasangan selain daripada waktu malam. Anda memiliki waktu 24 jam sehari. Kebanyakan pasangan pastinya keletihan untuk menikmati perhubungan intim pada malam hari terutama selepas melalui hari yang panjang dengan tugasan kerja. Anda boleh pertimbangkan waktu tengah hari atau jika perlu mohon cuti separuh hari daripada majikan untuk nikmati perhubungan bersama pasangan sebelum mengambil anak daripada pengasuh bayi anda. Jangan sempitkan pemikiran anda tentang perhubungan seks hanya di malam hari. Sebaliknya anda perlu jadi lebih kreatif mencipta suasana selepas kehadiran bayi pertama supaya perhubungan suami isteri tidak hambar.

4.Mitos Tidur Bersama Bayi : Tiada Faedahnya Bayi Tidur Bersama Ibu Bapa

Bayi anda adalah individu paling bertuah apabila dapat tidur sekatil bersama ibu bapa. Antara manfaat besar ialah bayi akan memiliki kualiti tidur yang lebih panjang kerana kurang terjaga di waktu malam kerana menyedari ibu bapa berada di sisi menjaga mereka ketika tidur. Keselamatan bayi lebih terjamin apabila berada sebilik dengan ibu dan bapa mereka dari ancaman yang tidak diingini. Bayi berusia di bawah dua tahun yang masih menjalani penyusuan ibu juga akan dapat menikmati kualiti penyusuan yang lebih baik.

5.Mitos Tidur Bersama Bayi : Bayi Perlu Tidur Sekatil Dengan Ibu Bapa

Sekali lagi anda telah menyempitkan fikiran menjadi ibu bapa yang kreatif. Tidur bersama bayi tidak bermakna ibu bapa perlu tidur sekatil dengan bayi mereka. Sebaliknya anda boleh meletakkan katil bayi bersebelahan katil ibu bapa bagi membolehkan anda dan pasangan tidur dalam ruang berasingan dengan bayi. Anda tidak perlu menyediakan bilik khas untuk bayi. Cara ini lebih mudah untuk ibu bapa memantau tidur bayi mereka pada waktu malam tanpa perlu berulang-alik ke bilik yang berasingan.

Hanya bayi yang berusia bawah empat bulan dan bayi yang dilahirkan pra-matang sahaja perlu diasingkan katil. Ini kerana pada usia tersebut, fizikal bayi masih terlalu lembut dan tidak sesuai tidur di atas katil orang dewasa.

6.Mitos Tidur Bersama Bayi : Sukar Tidur Nyenyak

Tidak dinafikan bayi akan kerap terjaga apabila tidur pada waktu malam disebabkan beberapa keadaan. Antaranya kerana lapar dan ingin menyusu serta keadaan cuaca yang tidak selesa. Masalah ini sebenarnya mampu dikurangkan apabila bayi merasai pelukan ibu saat tidur. Kehangatan tubuh ibu akan membuatkan bayi lebih selesa, tenang dan denyutan jantung mereka lebih stabil semasa tidur. Ini akan membuatkan mereka lebih lena tidur dan kurang terjaga pada malam hari. Secara tidak langsung ini akan memperbaiki kualiti tidur seluruh ahli keluarga anda.

8.Mitos Tidur Bersama Bayi : Memenatkan Ibu

Fasa menjaga bayi yang masih kecil sememangnya mencabar. Sudah pastinya si ibu akan mengalami kepenatan yang lebih berpanjangan berbanding seorang bapa. Disebabkan itu, anda dan pasangan memerlukan rehat secukupnya secara bergilir-gilir pada waktu malam. Ini boleh dilakukan dengan rancangan bergilir-gilir memastikan keperluan bayi semasa tidur pada waktu malam. Apabila pasangan suami isteri tidur bersama bayi, bukan sahaja si ibu akan memantau tidur anak mereka. Malah tugas ini boleh dilakukan secara bergilir-gilir dengan suami. Cara ini dapat mengurangkan kepenatan kedua-dua pasangan suami dan isteri. Jadi adalah tidak benar jika anda berpendapat bahawa ibu akan mengalami kepenatan sehingga menjejaskan kualiti hidup mereka.

Get Reviews Widget

Leave a review

You may also like...