Selangor, 29 November 2018 – Seorang pelanggan setia Red Bull mendapat kejutan istimewa apabila diberitahu dia bakal membawa pulang sebuah Toyota Hilux. Cik Monyka Sumerah mendapat berita gembira itu selepas menyertai Peraduan Penuhi Impian anjuran Red Bull melalui pembelian minuman tin Red Bull Emas atau 25% Kurang Gula. Kenderaan pacuan empat roda tersebut merupakan hadiah utama yang ditawarkan di mana Cik Monyka merupakan pemenang pertama.
Menurut Cik Monyka, beliau mendapat maklumat tentang peraduan tersebut melalui butiran yang tertera pada minuman tin yang dibeli dari pasaraya 99 Speedmart. Tidak lama selepas menghantar penyertaan, beliau menerima panggilan daripada pihak Red Bull menyatakan secara rasmi bahawa beliau telah menjadi pemenang peraduan tersebut.
Cik Monyka sedang melanjutkan pelajaran dalam program diploma bidang Pentadbiran Perniagaan dan menjalani gaya hidup aktif. Disebabkan itu, beliau sentiasa bergantung kepada minuman Red Bull untuk memberi tenaga tambahan dan kekal fokus sepanjang hari. Sebagai penggemar minuman tenaga, beliau berkata Red Bull juga membantunya menjadi lebih produktif dalam pengajian dan sukan namun tidak pernah menyangka rutin itu akan menjadikannya pemenang tempat pertama Peraduan Impian Red Bull yang sedang berlangsung.
Red Bull – jenama minuman tenaga nombor satu di Malaysia, mengumumkan bahawa penganjuran peraduan Peraduan Penuhi Impian pada 1 Ogos adalaha satu galakan kepada pengguna untuk mencapai matlamat produktiviti harian mereka di samping meraih peluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik. Bagi setiap pembelian tin minuman Emas dan 25% Kurang Gula Red Bull, pelanggan berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM600,000 termasuk dua trak pikap, wang tunai dan pelbagai barangan eksklusif.
Jate Samathivathanachai, Pengurus Negara Red Bull Malaysia berkata: “Motivasi Red Bull adalah untuk mewujudkan minuman tenaga yang mampu meningkatkan kecergasan badan serta kecerdasan minda. Kami tahu pelanggan kami sentiasa bekerja keras dan berusaha mengharungi rutin dan mencapai matlamat harian mereka, khususnya pada waktu bekerja atau waktu belajar. Sebab itulah kami sentiasa tampil bersedia untuk menyumbang kepada pencapaian gaya hidup aktif dengan Red Bull.
“Selari dengan itu, kami mahu mendorong pelanggan-pelanggan melalui anjuran Peraduan Penuhi Impian bagi memberi peluang kepada mereka untuk menjadi pemenang harian dan membawa pulang sama ada hadiah wang tunai, barangan eksklusif Red Bull atau sebuah Toyota Hilux.”
Toyota Hilux Terakhir dan Hadiah Wang Tunai Bernilai Sehingga RM400,000 Untuk Dimenangi!
Peraduan Penuhi Impian Red Bull akan berlangsung sehingga 31 Disember 2018 seluruh negara, dan dalam pencarian seorang lagi pemenang hadiah utama untuk membawa pulang sebuah Toyota Hilux baharu. Maklumat lanjut boleh ditemui pada minuman Red Bull Emas atau 25% Kurang Gula.
Selain itu, hadiah wang tunai bernilai sehingga RM400,000 menanti pemenang yang bertuah. Pelanggan juga berpeluang untuk memenangi ganjaran wang tunai bernilai RM50 hingga RM500 bagi setiap pembelian tin Emas dan 25% Kurang Gula! Penggemar setia Red Bull juga berpeluang memenangi barangan eksklusif Red Bull menerusi penyertaan peraduan ini.
Bagaimana untuk mengambil bahagian?
- Langkah 1: Dapatkan setin Red Bull Emas atau Red Bull 25% Kurang Gula – tarik penutup sentap untuk mendedahkan hadiah yang tertera di bahagian belakangnya.
- Langkah 2: Hantarkan kod hadiah pada bahagian belakang penutup sentap berkenaan ke talian hotline Red Bull 011-5688-8331 menerusi WhatsApp dan sertakan nama penuh anda dengan tanda pagar dan nombor kad pengenalan anda. (Contohnya: RM50 #namapenuhanda #nomborkadpengenalananda)
- Langkah 3: Simpan penutup sentap tersebut untuk penebusan hadiah.
Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi Red Bull, sila layari http://penuhiimpian.redbull.com.my/home untuk merebut peluang hadiah-hadiah menarik ini! Ingat, mulakan hari anda dengan betul dan terus mara ke hadapan!