Melalui saat-saat kehamilan adalah kenangan paling manis dilalui oleh seorang wanita. Walaupun tempoh sembilan bulan itu suatu tempoh masa yang menyukarkan bagi kaum wanita, namun naluri semulajadi keibuan seorang wanita mengatasi segalanya. Pelbagai perubahan boleh dilihat berlaku kepada wanita hamil terutama melibatkan penampilan fizikal mereka. Saiz badan terutama di bahagian perut, pinggang, pinggul, dada dan paha bertambah bulan demi bulan sehinggalah kepada saat kelahiran bayi.

Perubahan fizikal ini tentunya sesuatu yang membuatkan bakal ibu gusar. Ini kerana mereka bukan sahaja perlu mengubah dari segi penampilan berpakaian. Malah para ibu juga perlu menukar dengan membeli fesyen dan saiz baju yang bersesuaian untuk ibu mengandung. Pada masa kini kemudahan mencari keperluan pakaian ibu hamil boleh dilakukan dengan hanya dihujung jari. Segala urusan pemilihan pakaian dan penghantaran menjadi begitu mudah tanpa perlu memenatkan bakal ibu untuk menjelajah ke pusat membeli belah.

Namun bagi sesetengah wanita mereka amat mementingkan kunjungan ke butik untuk melihat sendiri pakaian yang diperlukan untuk mengelakkan kesalahan saiz ketika membeli. Aktiviti membeli belah ke butik-butik pakaian tetap menjadi minat dan keperluan walaupun ketika mengandung. Terdapat beberapa pilihan butik pakaian ibu mengandung sekitar Lembah Klang yang anda boleh kunjungi. Berikut kami senaraikan 10 butik paling menarik untuk anda kunjungi.


1. 9Months Maternity

Butik 9Months Maternity adalah butik ibu hamil yang popular di kalangan selebriti tanah air Malaysia. Ramai artis Malaysia membeli pakaian dan kelengkapan ibu hamil di butik ini kerana fesyen-fesyen yang trendy dan ceria. Butik ini dibuka di lokasi popular yang menjadi tumpuan kaki shopping seperti di Pavilion KL, The Curve Damansara, Isetan KLCC, Gurney Paragon Mall Penang dan Poppies Sibu, Sarawak. Pelbagi koleksi fesyen ibu hamil mengikut trimester kehamilan dipamerkan. Ibu hamil mempunyai pilihan mencari fesyen pakaian mengandung mengikut kesesuaian seperti untuk dipakai di rumah, pejabat dan majlis tertentu.

Laman Web : https://www.9monthsmaternity.com/stores

Facebook : https://www.facebook.com/9monthsmaternity


2. LeMaMa Exclusive

Butik Lemama Exclusive adalah pilihan butik ibu hamil bagi wanita Muslimah di luar sana. Wanita Muslim yang mementingkan pemilihan baju hamil yang longgar, selesa dan menutup aurat dengan sepenuhnya boleh mengunjungi butik ini yang terletak di Kajang, Selangor. Di antara fesyen baju hamil Muslimah yang pasti membuatkan anda jatuh cinta ialah baju kurung, blouse dan skirt ibu mengandung. Pelbagai gaya, corak dan warna pilihan menarik dapat memenuhi selera anda dalam menggayakan fesyen ibu hamil. Dengan menggayakan fesyen ibu hamil Lemama, anda akan kelihatan anggun sebagai wanita Muslimah yang menjaga aurat.

Alamat : No 37A, Jalan Kajang Impian 2/1, Taman Kajang Impian, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi 43650 Selangor

Laman Web : http://www.lemama.my/

Facebook : https://www.facebook.com/LeMaMaExclusive/


3. Butik Ibu Manja

Satu lagi butik fesyen hamil bagi wanita Muslimah du Kuala Lumpur. Ibu hamil Muslimah boleh menggayakan pelbagai jenis fesyen hamil menutup aurat dan longgar. Fesyen yang ditawarkan juga bermusim seperti ketika menjelangnya raya aidilfitri dan aidiladha. Kunjungi butik pakaian ibu mengandung ini yang terletak di Kuala Lumpur.

Alamat : 62-2, Jalan Jernai 2, Medan Idaman Business Centre, 53100 Kuala Lumpur

Facebook : https://www.facebook.com/Ibumanja-181556198551379/


4. Spring Maternity

Di butik Spring Maternity, anda boleh mendapatkan fesyen ibu mengandung untuk pelbagai padanan seperti baju, seluar, pakaian dalam dan aksesori. Mereka menyediakan pilihan fesyen ibu hamil untuk gaya versatil dan kasual yang anda boleh gayakan bila-bila masa dan di mana sahaja. Baju fesyen hamil juga boleh didapati dalam potongan untuk memudahkan penyusuan ibu selepas bersalin. Semua jenis pakaian ibu hamil boleh didapati di butik Spring Maternity sesuai mengikut citarasa anda dalam berfesyen.Kunjungi butik mereka yang terletak di Bangsar Village, Kuala Lumpur.

Alamat : Bangsar Village II, 1F-27, No. 2, Jalan Telawi 1, Bangsar Baru, Wilayah Persekutuan, 59100 Kuala Lumpur

Laman Web : https://www.springmaternity.com/

Facebook  : https://www.facebook.com/SpringMaternity/


5. Super Mum & Baby World

Butik pakaian ibu mengandung dan juga untuk bayi. Butik ini terletak di Pandan Indah, Kuala Lumpur. Anda boleh memilih pelbagai fesyen yang memudahkan pemakaian bagi ibu hamil seperti bra menyusu, girdle, seluar dan baju pelbagai saiz. Peralatan lain yang memenuhi keperluan ibu hamil juga boleh didapati di butik Super Mum.

Alamat : 14M, Jalan Pandan Indah 1/23A, Pandan Indah, Kuala Lumpur

Laman Web : https://www.supermum.my

Facebook : https://www.facebook.com/supermum/


6. Fabulous Mom

Butik Fabulous Mom mempunyai pelbagai keperluan baranagn dan pakaian bagi ibu hamil. Anda bukan sekadar membeli pakaian untuk diri sendiri. Anda pasti akan membawa pulang bersama beberapa barangan kehamilan dan untuk bayi yang bakal lahir. Butik ini turut menjual pakaian untuk penyusuan, baby carrier, car seat dan lain-lain. Cawangan butik Fabulous Mom dibuka di Shah Alam, Ampang, Puchong, TTDI dan Kajang.

Alamat : Shah Alam, Ampang, Puchong, TTDI dan Kajang

Laman Web : https://fabulousmom.com/

Facebook : https://www.facebook.com/FabulousMomCom/


7. Laimage

Butik Laimage Maternity mempamerkan koleksi pakaian ibu hamil mengikut trend dengan pelbagai corak, potongan dan warna yang menarik. Terdapat juga pilihan fesyen ibu hamil bagi wanita Muslim yang menutup aurat dan labuh. Selain pakaian berfesyen, bra penyusuan dan kehamilan pelbagai saiz dan jenama juga dijual. Butik ini mempamerkan fesyen ibu hamil gaya ekslusif pada harga yang berpatutan.

Alamat : No. 40-1, Jalan Brunei Utara,Off Jalan Pudu, 55100, Kuala Lumpur

Laman Web : http://laimagematernity.com.my/

Facebook : https://www.facebook.com/Laimagematernity/


8. Mothers En Vogue

Butik pakaian ibu mengandung yang ekslusif dan vogue. Butik ini selain mempunyai cawangan di Kuala Lumpur turut membuka cawanagn utamanya di Singapura.Pilihan fesyen di butik Mothers En Vogue lebih trendy dari pelbagai jenis material kain yang selesa untuk ibu hamil. Kebanyakan citarasa fesyen butik ini mengikut trend pemakaian orang Eropah yang menyukai gaya pemakaian yang lebih bersifat daring.

Alamat : Pavillion Kuala Lumpur, No. 168, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Laman Web : https://mothersenvogue.com/

Facebook : https://www.facebook.com/mothersenvogue/


9. Modern Mum

Modern Mum adalah butik ibu mengandung yang membuka beberapa cawangannya di Lembah Klang. Antaranya sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Ampang. Ia antara butik ibu mengandung yang popular dimana anda boleh mendapatkan pelbagai fesyen ibu mengandung dalam pelbagai saiz yang diperlukan.


10.Butik Tateh

Butik Tateh adalah butik ibu hamil dan bayi bagi wanita yang mencari pelbagai barangan ibu hamil dan barangan bayi. Begitu juga dengan pakaian berfesyen yang dijual mengikut musim seperti musim perayaan hari raya. Cawangan Butik Tateh dibuka di kawasan Lembah Klang seperti Ampang, Wangsa Maju, Kota Damansara, Cheras dan Gombak. Cawanagnnya juga terdapat di beberapa buah negeri seperti Melaka, Terengganu dan Kelantan. Bagi warga Kuala Lumpur, kunjungi Butik Tateh yang terletak di Bandar Baru Bangi. Butik ini menawarkan ‘total solution’ bagi menjimatkan masa dan memudahkan kerja anda di samping menyediakan ‘play area’, breasfeeding friendly bagi membuatkan anda membeli belah dengan amat selesa.

Laman Web : http://www.tateh.com.my

Facebook : https://www.facebook.com/ButikTateh/