Cuti sekolah sudah bermula. Pasti ibu bapa teruja mengaturkan jadual percutian dan sibuk dengan persediaan memilih lokasi percutian, menempah penginapan dan menentukan aktiviti apa yang bakal dipenuhi untuk kepuasan anak-anak sepanjang cuti persekolahan. Sebenarnya untuk bercuti anda tidak perlu pergi jauh sehingga ke luar negara kerana Malaysia turut menawarkan kepuasan percutian keluarga dan meriangkan untuk anak-anak sepanjang cuti persekolahan. Sempena cuti sekolah, pastilah banyak tawaran promosi percutian dan penginapan yang bakal ditawarkan oleh kebanyakan hotel, agensi percutian, taman tema dan pelbagai lagi tarikan pelancongan di Malaysia. Tentunya ini lebih menjimatkan duit poket ibu bapa berbanding apabila anda menikmati percutian di luar negara.

Apabila bercuti tentunya ibu bapa akan pening memikirkan resort penginapan mana yang paling meriangkan untuk kanak-kanak di Malaysia. Memilih resort penginapan semasa bercuti bersama anak-anak tentunya tidak sama dengan memilih lokasi percutian bertema kegembiraan seperti taman tema untuk kepuasan anak-anak kecil. Bagi anda yang bercadang mengadakan percutian dalam Malaysia dan tidak tahu untuk menentukan resort penginapan meriangkan bagi anak-anak, di bawah ini kami senaraikan 10 senarai terbaik untuk pilihan anda.


1. Lexis Hibiscus Port Dickson

Resort bertaraf lima bintang terletak di Port Dickson. Resort mesra kanak-kanak yang ekslusif ini menjanjikan kepuasan bagi keluarga yang ingin menghabiskan masa bersama keluarga dan anak-anak dalam suasana privasi. Kolam renang persendirian mengadap ke arah laut adalah salah satu keseronokan utama bagi kanak-kanak. Selain itu, tidak jauh dari resort disediakan pusat permainan air di tepi pantai untuk kanak-kanak bermain sambil membasahkan diri.

Laman Web : https://www.lexishibiscuspd.com

Facebook : Lexis Hibiscus Port Dickson


2. Hotel Legoland, Johor

Hotel bertema Legoland ini merupakan antara hotel mesra kanak-kanak yang akan membuatkan mereka tertawan. Keindahan senireka hiasan dalaman yang dipenuhi dengan karakter dari watak permainan Lego menceriakan suasana penginapan bilik. Ianya bersesuaian dengan konsep taman tema Legoland ingin mencipta imaginasi dalam jiwa kanak-kanak sebaik sahaja melangkah kaki ke dalam dunia yang penuh kemeriahan ini.

Laman Web : https://www.legoland.com.my/

Facebook : https://www.facebook.com/LEGOLAND.my/


3. Golden Sands Resort, Penang

Hotel pantai ini menyediakan zon permainan seperti taman tema air yang meriangkan untuk kanak-kanak bermain. Disamping bermain di pantai, anak-anak boleh bermain air di kawasan kolam mandi yang menyediakan gelongsor dan air pancutan yang membuatkan kanak-kanak teruja bermain air. Selain itu terdapat ruangan permainan kanak-kanak bukan permainan air dipanggil Adventure Zone Park yang menyediakan cabaran permainan untuk anak anda. Terletak di Batu Feringghi iaitu salah satu daerah pelancongan yang menjadi tarikan ramai pelancong di Pulau Pinang. Bilik hotel bertaraf empat bintang pula menjanjikan keselesaan bagi seluruh ahli keluarga anda. Terdapat dua jenis pilihan bilik termasuk suites yang lebih luas untuk keselesaan semua.

Laman Web : Golden Sand Resort

Facebook : https://www.facebook.com/GSH.Penang/


4. Morib Gold Coast Resort Melaka

Hotel bertema taman tema air ini sungguh menarik dengan replika binaan kapal Laksamana Cheng Ho, salah seorang tokoh sejarah terkenal di Melaka. Mereka menyediakan bilik penginapan gaya apartment. Taman tema air untuk kanak-kanak terletak berhadapan dengan bangunan hotel yang boleh disaksikan dari beranda bilik hotel anda. Permainan gelongsor air dan kolam mandi yang luas dapat menampung kehadiran pengunjung yang ramai. Selain permainan air, anak anda juga boleh bermain permainan indoor tanpa mereka perlu membasahkan pakaian.

Laman Web : http://gcr.com.my/malacca/

Facebook : https://www.facebook.com/gcrmalacca/


5. Sunway Lost World of Tambun, Ipoh

Lost World of Tambun yang terletak di Ipoh ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Taman tema berkonsep gaya dalam hutan ini menjanjikan suasana damai untuk percutian keluarga anda. Bilik hotel terletak tidak jauh dari kawasan taman tema. Anda boleh memilih sama ada untuk berjalan kaki atau menaiki keretapi khas yang disediakan untuk membawa anda ke kawasan taman tema. Antara permainan menarik yang terdapat di sini ialah Night Safari di mana anda sekeluarga boleh merasai suasana berada di dalam zoo sambil melihat kehidupan haiwan pada waktu malam. Paling menarik tentunya permainan air termasuklah kolam mandian air panas.

Laman Web : https://sunwaylostworldoftambun.com

Facebook : https://www.facebook.com/lostworldoftambun/


6. Amverton Heritage Resort, Melaka

Hotel meriangkan bagi kanak-kanak yang gemar mandi manda sambil bermain gelongsor dan pancutan air. Hotel ini menyediakan beberapa zon permainan untuk kanak-kanak sama ada zon basah dan zon kering. Antara permainan menarik di zon kering ialah ATV, paintball dan aktiviti memanah. Selain sesuai untuk keriangan kanak-kanak, orang dewasa juga turut boleh menyertai pelbagai aktiviti mencabar yang disediakan termasuk bilik gimnasium. Bilik hotelnya terdiri daripada tiga jenis pilihan iaitu Family, Deluxe dan Junior.

Laman Web : http://amvertonheritage.com

Facebook : https://www.facebook.com/amvertonheritageresort/


7. Resort World Genting

Salah satu penginapan dan kota keriangan kawasan tanah tinggi yang paling popular dan menarik untuk percutian keluarga dan kanak-kanak. Penginapan Resort World Genting adalah lokasi penginapan paling dekat yang berada dalam kawasan taman tema Genting Highland. Tambahan lagi pada masa kini pihak Genting Highland sedang menaik taraf kawasan taman tema dengan lebih banyak permainan menarik dan baharu bertema 20th Century Fox yang terkenal dengan studio perfileman animasi Amerika terkenal seperi Ice Age, Star Wars dan Life of Pi. Kesemua ini dijangka siap menjelang tahun 2019.

Laman Web : https://www.rwgenting.com

Facebook : https://www.facebook.com/pg/ResortsWorldGenting


8. Meritus Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi

Disamping ibu bapa dapat meluangkan masa merehatkan diri di spa, anak-anak tidak akan bosan kerana mereka boleh bermain permainan air yang penuh keseronokan disediakan oleh pihak hotel. Hotel inspirasi perkampungan Melayu ini menyediakan pelbagai kemudahan seperti taman tema air mini, gimnasium,  gelanggang tenis, kawasan menunggang basikal dan gelanggang memanah. Kesemua aktiviti ini sememangnya sesuai untuk disertai oleh anak-anak anda.

Laman Web : Meritus Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi

Facebook : https://www.facebook.com/merituspelangi/


9. Hard Rock Hotel, Penang

Hotel mewah bertaraf 5 bintang terletak di Batu Feringghi Pulau Pinang. Walaupun kebanyakan jenis hiburan yang disediakan lebih bersesuaian untuk orang dewasa, namun ruangan permainan air untuk kanak-kanak tetap disediakan. Kolam permainan air ini hanya dikhususkan untuk penghuni hotel sahaja. Jadi anda tidak perlu risau tentang kehadiran pengunjung dari luar yang tidak menginap di hotel. Hotel ini menyediakan 10 jenis bilik penginapan pelbagai tema dan harga yang bersesuaian mengikut selera pilihan anda dan keluarga.

Laman Web : https://penang.hardrockhotels.net

Facebook : https://www.facebook.com/hardrockhotelpenang/


10. Morib Gold Coast, Banting

Hotel Morib Gold Coast, Banting ini menawarkan beberapa jenis penginapan termasuk penthouse, studio dan apartmen. Kawasan permainan taman tema air mereka adalah antara yang terbesar bagi penginapan hotel di Malaysia di mana terdapat permainan gelongsor air yang panjang untuk kepuasan kanak-kanak ketika bermain air. Kedudukan resort yang terletak di hadapan Pantai Morib membolehkan anda menikmati keindahan pantai bersama ahli keluarga.

Lamab Web : http://gcr.com.my/morib