Kuala Lumpur, November 2018 – Potatoes USA baru-baru ini mengetengahkan khasiat kebaikan kentang dalam aspek kecergasan badan. Tahukah anda bahawa kentang bukan sahaja bagus untuk pemakanan harian dan pengurusan berat badan, tetapi juga semakin digunakan sebagai sumber tenaga bagi mereka yang cergas dan kerap bersenam, pelari maraton dan ahli sukan.
Potatoes USA baru-baru ini menyertai Putrajaya Night Run 2018 (Larian Malam Putrajaya 2018) dan membekalkan sumber tenaga dan khasiat yang diperlukan untuk acara ini yang disertai oleh 15,000 pelari.
Para peserta menjamah produk kentang A.S. yang disediakan di khemah Potatoes USA untuk membantu mereka memulihkan tenaga selepas larian. Walaupun ditimpa hujan lebat, semangat pelari tidak luntur kerana mereka memanaskan badan dengan khasiat kentang dan mendapatkan bahan pendidikan tentang khasiat pemakanan kentang bagi olahraga.
Max Lim, 47 tahun, seorang penulis dan juga pelari tegar yang tidak asing di kebanyakan maraton di sekitar bandar. “Sebagai pelari, selain daripada pisang, saya dapati kentang A.S. kaya dengan serat, vitamin C, zat kalium dan karbohidrat. Semua ini memang bagus sebagai sumber tenaga untuk larian dan memulihkan tenaga saya selepas berlari. Saya gembira kerana Potatoes USA telah menghidangkan produk kentang untuk para pelari di sini pada malam ini. Kentang sememangnya makanan pemberi tenaga,” ujar Max.
Pelari Nur Huda Faisal, yang berusia 33 tahun berkata beliau biasanya makan nasi untuk bekalan tenaga karbohidrat tetapi mendapati kentang AS merupakan alternatif yang lebih sihat. “Saya suka makan kentang AS sebagai hidangan utama dan makan malam di rumah. Cara paling mudah untuk menyiapkan hidangan kentang kegemaran adalah menggunakan kentang baji A.S, yang ditaburi herba dan digoreng dengan penggoreng udara,” jelas Nur.
Mohd Zarin Bin Abdul Karim, 37 tahun yang berkecimpung dalam industri media memang gemar berlari. “Larian Malam Putrajaya ialah larian popular dan saya memang teruja untuk turut serta. Saya lebih teruja lagi apabila mendapat tahu mereka menghidangkan kentang A.S. di sini pada hari ini. Kentang mengandungi kalium dan karbohidrat – memang baik untuk pelari maraton!” ujar Mohd Zarin.
Menurut Indra Balaratnam, pakar diet popular, “Saya suka makan kentang kerana keserbagunaannya untuk semua pilihan pemakanan. Karbohidrat, serat dan kalium menjadikannya pilihan hebat untuk semua, dan khususnya bagi orang yang bersukan.
“Saya mengesyorkan kentang sebagai sumber karbohidrat lazat yang pantas dan mudah disediakan. Kentang bersaiz sederhana (148g), dengan kulitnya sekali, membekalkan lebih banyak kalium daripada sebiji pisang, tiada lemak, tiada natrium dan tiada kolesterol,” kata Indra.
Beberapa fakta penting tentang kuasa kentang:
- 620 Miligram Kalium: Mengandungi lebih banyak kalium daripada pisang bersaiz sederhana, kentang sebagai sumber kalium penting untuk membantu fungsi otot, kardiovaskular, dan sistem saraf untuk acara jarak jauh yang memerlukan daya tahan.
- 26 gram karbohidrat – Kentang ialah karbohidrat berkualiti yang penuh dengan khasiat, penting untuk prestasi fizikal dan mental optimum sebagai sumber tenaga utama bagi otak anda dan bekalan tenaga penting bagi otot. Oleh kerana simpanan karbohidrat badan anda adalah terhad dan mungkin kehabisan – walaupun selepas hanya satu sesi senaman yang berat dan/atau berpanjangan – anda perlu mengembalikan tahap karbohidrat.2
- 110 Kalori untuk Tenaga: Mudah dihadamkan dan lebih padat dari segi tenaga berbanding mana-mana sayur-sayuran popular, kentang sememangnya pilihan yang bijak untuk membekalkan tenaga bagi larian maraton.
Pakar runding pemakanan bagi Kansas City Chiefs, Carnegie Mellon University Leslie Bonci dan 3 lagi pakar makanan & kecergasan* dalam bidang pemakanan dan prestasi olahraga telah mengkaji resipi baharu yang dicipta untuk menggalakkan pengguna aktif mengambil kentang A.S. sebagai bekalan tenaga mereka.
Sebelum bersenam
Untuk snek sebelum latihan yang sedikit manis, Leslie mencadangkan Lempeng Kentang A.S. dengan Mentega Epal. Satu hidangan snek ini mengandungi 54 gram karbohidrat untuk membekalkan tenaga untuk sesi awal pagi. Sesuai untuk atlet yang sibuk, bakinya boleh dibekukan untuk memberikan sumber tenaga segera sepanjang minggu.
Idea resipi lain: Hash Brown dan Sarang Telur , Lempeng Kentang dengan Mentega Epal, Kentang Mudah Dibawa & Frittata Mini Telur, Bebola Kentang dengan kunyit dan Wafel Hash Brown dengan Sirap Ceri Tart.
Semasa senaman: Kek Kentang Mudah Dibawa, Kentang Segara dan Snek Kentang Lenyek Lazat
Selepas senaman: Kentang Bakar Bertenaga, Kentang dengan Sup Kacang Hitam, Minuman Kentang Kalium, dan Kentang Kecil Lenyek Dibakar (pilihan resipi termasuk Lemon, Rosemary dan Parmesan atau Keju Buffalo Blue)
Dapatkan idea resipi menarik di sini: https://www.potatogoodness.com/recipe-category/performance/
Dalam Jurnal AS bertajuk Nutrition Today, disyorkan bahawa pemakanan seimbang yang kaya dengan karbohidrat semula jadi seperti kentang penuh nutrien kemungkinan besar paling optimum untuk meningkatkan prestasi fizikal bagi atlet elit yang memerlukan daya tahan. Pelbagai kajian yang dijalankan dalam tempoh 40-50 tahun lepas juga menunjukkan bahawa karbohidrat ialah makronutrien utama bagi mengekalkan dan meningkatkan prestasi sukan.