Panduan Membeli Car Seat Terbaik Yang Perlu Anda Tahu

Product Details

Bayi kecil anda memerlukan tempat duduk khas yang berpadanan dengan saiz badan mereka yang kecil apabila berada dalam kereta. Tempat duduk khas ini dipanggil ‘Car Seat’. Semasa dalam kereta bayi memerlukan tempat duduk khas ini untuk tujuan keselamatan. Dengan meletakkan si kecil dalam car seat, kita dapat mengurangkan pelbagai risiko kejadian yang tidak diingini seperti kejadian bayi maut akibat tercampak ke luar tingkap apabila berlaku kemalangan dan semasa kereta dibrek secara mengejut.

Wujudkah Undang-Undang Penggunaan Tempat Duduk Khas Bayi?

Setakat ini tiada peraturan khas, pelaksanaan dan penguatkuasaan sepenuhnya tentang penggunaan tempat duduk khas bayi di Malaysia. Ini sangat berbeza dengan negara-negara Eropah seperti Jerman dan Perancis. Negara-negara ini memiliki undang-undang khas yang dikuatkuasakan berkenaan peraturan penggunaan car seat untuk bayi semasa berada dalam kereta.

Jenis- Jenis Car Seat

Sebelum membeli car seat, kenali empat jenis car seat utama yang wujud dalam pasaran di Malaysia.

1) Tempat duduk keselamatan untuk bayi sahaja (Infant only safety seat)

Sesuai untuk bayi yang baru lahir sehingga berat mereka mencapai 12 bulan. Car seat ini mudah dialihkan kerana saiznya yang kecil. Ia adalah jenis yang menghadap ke arah belakang dan ke depan. Ada juga jenis yang mempunyai tapak dimana ia boleh diletakkan secara tetap di tempat duduk kereta. Anda tidak perlu mengalihkan posisi bayi setiap kali anda ingin menggunakannya. Sesetengah model mempunyai adapter atau penyesuaian untuk dimuatkan dalam kereta sorong bayi atau stroller dimana ia didatangkan dalam bentuk kombo.

2) Tempat duduk khas dua hala (Convertible safety seat)

Tempat duduk yang boleh menghadap ke hadapan dan belakang. Dari segi peraturan penggunaan produk, kanak-kanak di bawah usia dua tahun perlu berada dalam posisi menghadap ke belakang (rear facing). Tempat duduk jenis ini tidak mudah dialihkan seperti tempat duduk untuk bayi. Tetapi satu kelebihannya ialah ia boleh digunakan juga untuk bayi yang baru lahir.

3) Tempat duduk khas penggalak (booster car seat)

Tempat duduk ini direka khas untuk menaikkan ketinggian anak anda supaya mereka boleh mengenakan tali pinggang keselamatan untuk orang dewasa. Kanak-kanak dengan ketinggi berumur 8 tahun ke atas paling sesuai untuk mula menggunakan tempat duduk jenis ini.

4) All-in-One car seat

Tempat duduk ini menghadap ke hadapan dan belakang. Ia boleh digunakan untuk pelbagai jenis peringkat umur. Dari segi penjimatan, tempat duduk ini lebih sesuai untuk dibeli kerana ia boleh digunakan sehingga kanak-kanak mecapai usia 12 tahun.

Panduan Membeli Tempat Duduk Khas Bayi

Jadi anda memerlukan sebuah car seat yang bersesuaian untuk bayi semasa dalam kereta. Bagaimanakah anda menentukan kriteria dan ciri-ciri keselamatan semasa pemilihan car seat dalam kereta untuk bayi anda?

1.Pilih Mengikut Saiz & Umur Kanak-Kanak

Setiap bayi dan kanak-kanak memiliki bentuk badan, saiz serta berat yang berbeza di antara satu sama lain walaupun sama dari segi umur. Had umur yang dicadangkan untuk penggunaan car seat kanak-kanak adalah dari mula mereka lahir sehingga maksimum 12 tahun.

Setiap jenis car seat menyediakan peraturan penggunaan mengikut kesesuaian umur, berat dan ketinggian. Sebelum memilih car seat untuk bayi anda, tentukan spesifikasi setiap jenis tempat duduk khas yang terdapat di pasaran.

2. Saiz Ruangan Kereta

Tempat duduk bayi selalunya diletakkan di bahagian belakang tempat duduk kereta. Pastikan car seat yang dibeli sesuai mengikut saiz kereta, keluasan tempat duduk belakang dan berapa bilangan anak dalam keluarga yang akan memenuhi tempat duduk belakang. Untuk lebih terperinci lagi, ambil ukuran saiz dan lebar kedua-dua bahagian tempat duduk depan dan belakang.

3. Pelarasan Tali Pinggang & Kepala

Tempat duduk khas yang mempunyai tali pinggang boleh laras boleh disesuaikan mengikut ketinggian dan saiz badan kanak-kanak. Butang tali pinggang di bahagian depan adalah lebih sesuai untuk kanak-kanak berbanding butang di bahagian tepi. Tempat duduk khas kanak-kanak jenis booster yang boleh disesuaikan dengan tali pinggang dewasa tersedia dalam kereta lebih sesuai untuk kanak-kanak berusia 10 hingga 12 tahun. Car seat jenis isofix lebih sesuai untuk bayi kerana terdapat tali pinggang tersedia yang lebih selamat untuk bayi.  Selain itu, pastikan juga pelarasan tali pinggan mudah menerusi pengendalian sebelah tangan. Namun, pastikan terdapat fungsi khas seperti klip yang dapat mengelakkan bayi daripada membukanya sepanjang berada di dalam kereta.

Pastikan juga pelarasan pelapik atau kusyen di bahagian kepala selesa untuk kanak-kanak. Terdapat pelapik kepala yang melindungi kepala dan leher bayi dari menyebabkan terlalu banyak pergerakan dalam kereta yang mungkin memberikan efek kepada kepala dan leher mereka. Terdapat juga pelapik kepala yang dapat melindungi dari kepanasan matahari.

4. Posisi Bayi

Posisi bayi semasa dalam car seat yang selamat adalah mengadap ke belakang. Posisi ini perlu dikekalkan sehingga suatu tempoh usia mereka mencapai umur dengan fizikal yang lebih tinggi. Posisi sebegini lebih selamat kerana ia dapat melindungi kedudukan bayi di antara penyandar tempat duduk khas dan penyandar pada kerusi kereta. Risiko untuk bayi tercampak semasa brek mengejut atau kemalangan dapat dikurangkan.

5. Arahan Pemasangan Mudah

Lihat pada manual pemasangan sama ada ia mudah difahami atau terlalu teknikal untuk dilakukan. Biasanya wanita sukar mengendalikan tempat duduk khas bayi yang terlalu teknikal. Oleh itu, pastikan pasangan anda turut memahami dan melaksana arahan pemasangan dengan mudah. Buku arahan pemasangan yang baik akan menyediakan arahan dalam bentuk bertulis dan ilustrasi gambar yang mudah untuk difahami.

6. Jenis Fabrik

Penting juga untuk memastikan jenis fabrik tempat duduk keselamatan bayi. Ini kerana terdapat jenis tempat duduk yang boleh digunakan untuk tempoh masa yang panjang sehingga kanak-kanak berusia 12 tahun. Anda tentunya perlu membersihkannya lebih kerapa lebih-lebih lagi jika hanya satu car seat sahaja yang dibeli dari bayi lahir sehingga dewasa.

7. Tempat Duduk Khas Bayi Terpakai

Seelok-eloknya elakkan daripada membeli tempat duduk khas bayi terpakai atau pre-loved. Ini kerana barangan terpakai sebegini mungkin pernah mengalami kerosakan yang anda tidak perasan ketika membelinya. Anda tidak tahu bagaimana tempat duduk khas itu pernah digunakan sebelumnya. Mungkin benar anda perlu melaburkan sedikit wang untuk barangan baharu. Namun jika tepat pemilihannya, car seat tersebut dapat digunakan untuk tempoh masa yang lama. Sebenarnya ia lebih menjimatkan wang anda kerana tidak perlu menukar tempat duduk khas bayi secara berulang kali.

8. Kualiti dan Penilaian

Sebelum membuat keputusan jenama dan produk car seat pilihan, lakukan sedikit kaji selidik dengan menyemak penilaian dan komen orang ramai yang pernah menggunakan jenama tersebut. Kaji selidik ini boleh dicari di intenet menerusi ulasan penggunaan atau review sesuatu barangan. Pastikan jika terdapat pengiktirafan oleh badan piawaian antarabangsa.

Pilihan Editor :

Cybex Pallas 2-Fix

JJ Cole Collections Reversible Body Support (Car Seat/Stroller)

My Dear Safety Car Seat

 

Get Reviews Widget

Leave a review

You may also like...