Aktiviti perkhemahan di kawasan terbuka yang dikelilingi hutan dan pokok-pokok tebal sering mengundang suatu masalah besar iaitu gigitan serangga. Selain terpaksa berhadapan dengan nyamuk bersaiz besar daripada biasa, pelbagai lagi jenis seranggan menyakitkan boleh menggigit kulit anda sehingga memberikan kesan gatal dan merah yang serius. Adakalanya serangga-serangga ini mengundang penyakit berbahaya yang mampu memudaratkan kesihatan kita.

Oleh kerana itu, adalah amat penting untuk anda memasukkan krim pernghalau serangga dalam senarai perkhemahan yang wajib di bawa. Tanpa krim penghalau serangga, anda terpaksa berperang dengan serangga kecil seperti nyamuk yang dahaga untuk menghisap darah anda pada waktu malam.

Antara serangga dalam hutan yang gemar menggigit dan menghisap darah manusia ialah :

  • Semut api
  • Hama beri
  • Kutu pembawa bakteria Borrelia
  • Nyamuk denggi pembawa virus denggi dan zika
  • Kutu corong
  • Labah-labah

Sebenarnya ada pelbagai tips yang boleh diamalkan untuk mengelakkan kulit anda menjadi mangsa gigitan serangga yang ganas ini. Beberapa krim penghalau serangga yang disenaraikan di bawah ini memang berkesan membantu anda menghindari gigitan serangga sewaktu dalam hutan.

1. BabyOrganix Buzz Shield Cream

Perkhemahan keluarga selalunya akan ada kanak-kanak kecil bersama. Mereka pasti akan merengek dengan teruk apabila terkena gigitan nyamuk semasa dalam hutan pada waktu malam. Untuk itu, anda memerlukan krim organik BabyOrganix Buzz Shield Cream yang lebih mesra untuk si manja.

Krim ini dapat menghindari gigitan nyamuk berbahaya seperti nyamuk aedes yang sangat berpotensi membawa penyakit Aedes dan Zika. Selain nyamuk, ia juga berkesan menghalau lain-lain jenis serangga penghisap darah.

Krim bersifat organik ini dihasilkan daripada bahan campuran herba serta bebas dari bahan pengawet dan pewangi buatan. Ia juga bebas dari bahan kimia berbahaya seperti BHT dan paraben yang mana kedua-dua bahan ini akan memberikan kesan kepada kulit untuk tempoh jangka masa yang panjang.

Baca dan lihat ulasan mengenai krim penghalau serangga BabyOrganix Buzz Shield Cream


2. KAPS Natural Insect Repellent Spray

Penghalau serangga juga boleh didapati dalam bentuk semburan yang selamat pada kulit. Semburan pencegah serangga ini bersaiz kecil yang memudahkan ia disimpan dalam beg dan dibawa ke mana sahaja ketika sedang berkhemah.

Ia dihasilkan daripada ekstrak herba yang dapat mencegah dari gigitan serangga seperti nyamuk dan kutu. Tempoh perlindungan selepas semburan juga lebih lama. Anda tidak perlu menyembut pada kulit berkali-kali dan penggunaannya sangat menjimatkan.

Baca dan lihat ulasan mengenai semburan penghalau serangga KAPS Natural Insect Repellent Spray


3. Off! Clip-On Mosquito Repellent

Rupanya ada cara yang lebih mudah untuk menghalau serangga ketika berkhemah. Anda tidak memerlukan sebarang semburan atau sapuan krim penghalau serangga pada kulit. Dengan Off! Clip-On Mosquito Repellent, anda boleh menggantungnya dengan mudah di mana-mana seperti dalam khemah, tali pinggan yang anda pakai, beg galas dan sebagainya.

Alat ini perlu dihidupkan dengan bateri. Ia mempunyai kipas dalaman yang kecil untuk menghalau serangan seranggan seperti nyamunk sehingga 12 jam lamanya. Off! Clip-On Mosquito Repellent didatangkan bersama dengan 2 biji bateri jenis AAA dan satu paket isian semula untuk penggunaan seterusnya.

Baca dan lihat ulasan mengenai Off! Clip-On Mosquito Repellent


4. Moz Away Junior Lotion

Satu lagi penghalau nyamuk dan serangga yang mesra untuk kulit si manja. Bayi yang berusia 2 bulan ke atas sesuai untuk semburannya. Bahan pembuatannya dihasilkan daripada ekstrak lidah buaya. Semburan Moz Away Junior Lotion boleh mencegah kehadiran nyamuk serta memberikan rasa kelembapan pada kulit juga pada masa yang sama.

Ia mengandungi bahan aktif dipanggil Picaridin yang mana keberkesanannya diakui secara klinikal. Ia mampu melindungi si manja anda semasa di dalam hutan dari gigitan nyamuk dan serangga lain sehingga beberapa jam.

Baca dan lihat ulasan mengenai semburan pencegah serangga Moz Away Junior Lotion


5. Mosi-Guard Natural Insect Repellent Spray 75ml

Bagi anda yang tercari-cari semburan atau krim yang mampu mencegah dari lintah si penghisap darah, semburan Mosi-Guard Natural Insect Repellent Spray 75ml adalah jawapannya. Keberkesanannya akan membuatkan anda lebih yakin untuk masuk ke dalam hutan tanpa perlu risau tentang lintah yang menggelikan.

Semburannya mesra dan selamat untuk kulit bagi semua peringkat sama ada dewasa dan kanak-kanak. Hanya kanak-kanak di bawah usia 3 bulan sahaja tidak sesuai untuk semburan ini. Anda cuma perlu membekalkan dengan satu botol Mosi-Guard Natural Insect Repellent Spray 75ml untuk seluruh ahli keluarga semasa berkhemah.

Dengan sekali semburan, ia mampu melindungi sehingga 8 jam lamanya. Ia juga boleh digunakan pada bahagian kulit muka. Cara penggunaan ialah dengan menyembur pada tapak tangan dahulu dan kemudian sapu pada kulit wajah.

Baca dan lihat ulasan mengenai semburan penghalau serangga Mosi-Guard Natural Insect Repellent Spray 75ml


6. Mosquitno Sun Protector 30 SPF Insect Repellent (2-in-1 functionality) 30 SPF

Berikan perlindungan kulit anda daripada gigitan serangga dan dalam masa yang sama perlindungan terhadap pancaran cahaya matahari. Produk ini mendapat pengiktirafan oleh badan World Health Organization sebagai bahan alternatif perlindungan kulit yang selamat untuk digunakan. Tentunya ia sesuai bagi mereka yang berkhemah di kawasan pantai di mana kepanasan pancaran mataharinya jauh lebih terik.

Produk perlindungan 2 dalam 1 ini ideal digunakan pada waktu petang dan malam di mana kehadiran nyamuk dan serangga paling banyak berlaku pada waktu ini. Anda tentunya lebih selamat dari gigitan nyamuk pembawa virus denggi, zika dan malaria.

Kandungan bahan dalam produk ini juga selamat digunakan bagi kanak-kanak berusia 6 bulan ke atas dan juga wanita mengandung. Perlindungan krim ini mampu bertahan sehingga 6 jam lamanya.

Baca dan lihat ulasan mengenai krim pencegah serangga Mosquitno Sun Protector 30 SPF Insect Repellent (2-in-1 functionality) 30 SPF


7. Bio Z Natural Insect Repellant Roll On

Diformulasi daripada beberapa jenis minyak seperti Citronella dan serai. Cara penggunaanya adalah dengan menyapu pada keseluruhan kulit yang terdedah kepada serangga. Bahan semulajadi yang terkandung dalamnya menjadikan ia selamat untuk kulit sensitif dan kulit kanak-kanak.

Semburan produk ini tidak seperti cecair lain di mana ia akan terus meresap pada kulit dengan sekali semburan serta tidak menitik.

Rekabentuk botol yang bersaiz sederhana tidak memerlukan ruang penyimpanan yang besar di dalam beg. Sesuai dibawa ke mana sahaja untuk aktiviti luar seperti berkhemah, mendaki dan meredah hutan.

Baca dan lihat ulasan mengenai penyembur seranggan Bio Z Natural Insect Repellant Roll On


Artikel Pilihan Editor :

Baru-baru ini berlaku penularan kes Zika yang berpunca dari gigitan nyamuk pembawa virus berbahaya ini. Mari kita baca mengenai bahaya nyamuk pembawa virus Zika yang boleh menyebabkan kecacatan pada bayi. Lihat apakah langkah-langkah pencegahan dan keselamatan yang boleh diambil untuk melindungi diri dan orang tersayang daripada virus berbahaya ini.

Zika Mencegah Lebih Baik