10 Resepi Ikan Buat Anak Kecil Berselera Makan

Product Details

Memang sukar memilih resepi ikan buat anak kecil berselera makan. Kebanyakan kanak-kanak sangat berselera makan apabila dihidangkan ayam goreng lebih-lebih lagi ayam goreng KFC. Tetapi lain halnya apabila si ibu menggantikan hidangan tengah hari atau malam dengan menu ikan goreng. Menjebik panjang bibirnya tanda protes tidak mahu makan. Boleh pening kepala si ibu dibuatnya apabila si anak menolak makan ikan. Ini kerana, nutrien yang terkandung dalam ikan sangat penting untuk perkembangan otak dan jantung mereka.

Kami bantu anda bagaimana mengumpan mereka dengan 10 resepi ikan buat anak kecil berselera makan tidak kira untuk makan tengah hari atau makan malam.


1.Ikan Goreng Krispi Bersos Jagung

Bahan-Bahan Utama:

  • 600 g fish fillet
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 biji telur dipukul
  • Garam
  • Serbuk lada hitam

Minyak untuk gorengan ‘deep frying’

Resepi Sos Jagung

  • 1½ cawan jagung
  • 2 Cawan stok ayam
  • 1 biji telur dipukul
  • 1 sudu teh gula
  • Garam
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • ¼ cawan air
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • Daun bawang untuk hiasan

Cara penyediaan :

Sos jagung

  1. Campurkan bersama jagung, stok ayam dan gula. Rebus selama kira-kira 20 minit sehingga jagung menjadi lembut.
  2. Campurkan air dan tepung jagung tadi. Panaskan atas dapur sehingga adunan pekat.
  3. Masukkan telur perlahan-lahan dan kacau adunan supaya tidak berketul.
  4. Masukkan soso bijan dan sedikit garam.

Ikan

  1. Sediakan minyak yang dipanaskan untuk ‘deep frying’
  2. Perap kepingan ikan dengan garam dan serbuk lada hitam. Biarkan selama beberapa minit.
  3. Campurkan tepung gandum dan tepung jagung untuk adunan gorengan.
  4. Sediakan telur untuk celupan ikan.
  5. Celup ikan ke dalam telur terlebih dahulu diikuti dengan salutan ke dalam adunan gorengan tepung. Salutan ikan biar rata.
  6. Masukkan ikan ke dalam minyak yang telah dipanaskan tadi

Sedia untuk dimakan. Ikan dihidangkan bersama sos jagung dan dihiasi dengan daun bawang.


2. Pai Ikan Berkrim

Bahan-Bahan Utama :

  • 800 g kentang dikisar/ tumbuk
  • ¼ Cawan susu
  • 1 sudu teh minyak zaitun
  • 2 batang daun saderi
  • 1 biji bawang besar dicincang
  • 1 biji lobak merah dicincang
  • 1 biji zucchini
  • 1 cawan kacang pis
  • 180 g sayur kubis
  • ½ cawan stok sayur
  • 2 sudu teh krim masakan
  • ½ daun pasli dicincang
  • 600g filet ikan
  • ¾ cawan keju parut

Cara penyediaan :

  1. Panaskan oven ke suhu 180°C. Sapu pan masakan kaserol dengan sedikit minyak
  2. Rebus kentang yang telah dikupas kulitnya selama 15-20 minit sehingga lembut
  3. Sementara menunggu kentang masak, panaskan sedikit minyak, goreng daun saleri, bawang besar, zucchini dan lobak merah. Masukkan sedikit garam. Goreng kira-kira 5 minit sehingga lembut.
  4. Masukkan kacang pis, kubis dan stok sayuran. Masak lagi kira-kira 2 minit.
  5. Tambahkan krim masakan, daun pasli, serbuk perasa, garam dan serbuk lada.
  6. Tuangkan bahan yang dimasak ini ke atas filet ikan yang disusun dalam pan masakan kaserol. Lapisi bahagian atas dengan kentang rebus yang telah dilenyek, taburkan keju parut dan seterusnya bakar selama 40 minit sehingga pai bertukar warna kekuningan.

Sedia untuk dihidangkan kepada anak anda.


3. Kroket Tuna

Bahan-Bahan Utama :

  • ⅓ cawan lobak merah dicincang
  • ⅓ cawan daun saderi
  • 4 sudu teh mentega tanpa garam
  • ¼ bawang cincang
  • 2 cawan tepung serbaguna
  • 1½ cawan susu suam
  • 170g kepingan tuna putih
  • 1½ sudu teh garam
  • ½ sudu teh serbuk lada putih
  • 5 biji telur dipukul
  • 2 cawan serbuk roti
  • Minyak sayuran

Cara penyediaan :

Kroket

  1. Didihkan air dan masukkan sedikit garam.
  2. Tambahkan lobak cincang, daun saderi dan panaskan selama 5 minit.
  3. Keluarkan air dan bersihkan di bawah air sejuk. Keringkan sekali lagi.
  4. Pindahkan sayuran ke dalam pinggan yang dilapisi kertas masakan dan keringkan.
  5. Cairkan mentega dalam pan masakan. Tambah bawah dan masak kira-kira 5 minit.
  6. Tambahkan ⅔ cawan tepung, masak dan kacau selama 1 minit.
  7. Alihkan tepung ke mangkuk tahan panas. Tambahkan susu suam dan kacau campuran sehingga membentuk buburan halus.
  8. Kembalikan campuran ke dalam pan masakan dan masak menggunakan api sederhana. Kacau sehingga menggelegak dan adunan menjadi pekat.
  9. Tambahkan tuna, lobak merah, daun saderi, garam dan serbuk lada,
  10. Potong adunan kroket dalam mangkuk yang disapu minyak.
  11. Sejukkan selama 4 jam sehingga satu malam di dalam peti sejuk.

Adunan Serbuk Roti

  1. Tabur baki 1⅓ tepung ke atas pinggan.
  2. Sediakan 2 mangkuk untuk telur dan serbuk roti.
  3. Bentukkan adunan kroket menjadi bentuk bulat atau bujur. Golekkan ke dalam pinggan tepung, seterusnya dicelup ke dalam telur diikuti celupan ke dalam serbuk roti.
  4. Asingkan kroket yang siap dibalut dengan serbuk roti dalam satu piring berasingan.
  5. Tutup pinggan kroket dengan kertas lilin. Sejukkan dalam peti selama 30 minit sebelum digoreng menggunakan minyak sayuran.

Sedia untuk dihidangkan kepada anak-anak


4. Tortilla Ikan Krispi

Bahan-Bahan Utama :

  • 1 paket tortilla
  • 1 kotak filet ikan / tempura ikan
  • 1 cawan bijian jagung direbus
  • ¼ cawan bawang merah dicincang
  • ¼ cawan tomato dipotong dadu
  • ¼ hirisan lobak merah
  • ¼ hirisan timun
  • 1 biji lada benggala dipotong dadu
  • 1 sudu teh jus lemon
  • ¼ kubis di cincang
  • Mayonis
  • Keju

Cara penyediaan :

  1. Bakar roti tortilla dalam kuali non stick selama 2-3 minit
  2. Goreng tempura ikan sehingga garing.
  3. Campurkan kesemua bijian jagung, bawang merah, tomato, lobak merah, timun, lada benggala dan kubis dalam satu mangkuk.
  4. Masukkan mayonis. Kuantiti mengikut kesesuaian anda. Masukkan perahan lemon dan gaul rata kesemua bahan.
  5. Sapu mayonis pada keseluruhan roti tortilla.
  6. Susun secara memanjang adunan sayur tadi ke atas tortilla.
  7. Susun pula kepingan tempura ikan di bahagian atas diikuti dengan keju.
  8. Balut dengan kemas. Bakar sekali lagi di atas kuali non stick untuk cairkan keju.

Sedia untuk dinikmati anak-anak.


5. Fish n’ Chip Ikan Dori

Bahan-Bahan Utama

Sos Tartar

  • 1 cawan mayonis
  • ½ biji jus lemon
  • 2 sudu timun jeruk cincang
  • 1 biji bawang cincang
  • ¼ krim masam
  • 1 sudu teh lada hitam

Cara penyediaan :

Satukan semua bahan dan gaul sebati.

Filet Ikan

  • 3 keping ikan dori mentah
  • 1 cawan tepung
  • 1 sudu serbuk penaik
  • 1 cawan air soda
  • 1 sudu garam
  • ½ sudu teh lada hitam

Cara penyediaan :

  1. Gaul sebati tepung bersama serbuk penaik, air soda, garam dan lada hitam.
  2. Salut ikan dori dengan tepung
  3. Goreng sehingga garing dan warna keemasan.

Anda boleh juga menambahkan kentang goreng untuk hidangan lebih menarik


6. Kari Ikan Salmon Tidak Pedas

Bahan-Bahan Utama

  • 450g ikan salmon tanpa tulang
  • 1 biji tomato
  • 1 ulas bawang putih
  • ½ biji bawang
  • 1 sudu teh halia dicincang
  • 1 sudu teh serbuk cumin
  • 1 sudu teh koriander
  • ½ sudu teh serbuk kunyit
  • ½ sudu teh minyak sayuran
  • ½ cawan santan
  • 2 sudu teh jus lemon
  • 1 cawan air

Cara Penyediaan :

  1. Kisar lumat tomato, bawang putih, bawang, halia, serbuk cumin, koriander dan serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Tambahkan santan. Biarkan seketika sehingga mendidih.
  4. Masukkan ikan salmon. Biarkan ikan sehingga masak dan pastikan ikan tidak dikacau terlalu kerap supaya tidak hancur.
  5. Tambahkan sedikit jus lemon dan air supaya tidak terlalu pekat.

Hidangkan dengan nasi kepada anak-anak semasa masih panas.


7. Muffin Ikan Tuna Cheese

Bahan-Bahan Utama

Roti Muffin

  • 1 cawan susu
  • 2 sudu gula
  • 1 paket yis kering
  • 1 cawan air suam
  • ¼ shortening dicairkan
  • 6 cawan tepung serbaguna
  • 1 sudu teh garam

Cara penyediaan :

  1. Panaskan susu sehingga mendidih dan berbuih. Tutup api dan masukkan gula.
  2. Sediakan air suam untuk bancuh serbuk yis. Biarkan campuran selama 10 minit.
  3. Sediakan mangkuk besar. Campurkan bersama susu, adunan yis, shortening dan 3 cawan tepung. Uli adunan sehingga lembut untuk doh roti.
  4. Biarkan adunan roti dalam bekas yang dibalut dengan plastik pembalut makanan selama beberapa ketika.
  5. Adunan tepung sedia untuk diuli. Adunan boleh dipotong dan dibentukkan menggunakan bibir cawan.
  6. Panaskan pan masakan non stick. Masakkan roti mufin kira-kira 2 minit sahaja. Angkat dan alihkan ke tepi.
  7. Sementara itu panaskan oven.

Tuna Mayonis

  • 1 tin ikan tuna
  • Mayonis
  • Daun saderi
  • Serbuk bawang putih.

Gaulkan bersama ikan tuna, mayonis, daun saderi dan serbuk bawang putih.

Penyediaan penuh

  1. Sediakan 2 biji roti mufin. Apitkan roti dengan adunan tuna.
  2. Letakkan sekeping keju di atas mufin. Panaskan dalam oven selama kira-kira 8 minit sehingga keju cair.
  3. Hiaskan dengan hirisan tomato.

8. Fillet Ikan Buttermilk

Bahan-Bahan Utama

  • Filet ikan
  • Garam dan serbuk lada hitam
  • Tepung beras
  • Serbuk kari
  • Minyak untuk menggoreng
  • 3 sudu mentega
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu serbuk kari
  • 2 sudu cili padi dipotong-potong
  • ½ cawan susu cair
  • 1 sudu gula
  • Garam

Cara penyediaan :

  1. Cairkan mentega dalam kuali panas. Tambahkan daun kari, cili potong dan serbuk kari. Goreng sehingga wangi.
  2. Masukkan susu cair, gula dan garam. Biarkan seketika sehingga masakan menjadi sedikit pekat dan berbuih. Tutup api apabila selesai.
  3. Untuk gorengan ikan, campurkan kesemua bahan dan perap ikan seketika sebelum digoreng.
  4. Setelah ikan siap digoreng, bolehlah curahkan kuah buttermilk ke atas potongan ikan.

9. Pasta & Jejari Ikan Bakar

Bahan-Bahan

  • 1 bungkus pasta direbus
  • 1 sudu minyak zaitun
  • 1 biji bawang cincang
  • 1 biji lobak merah potong dadu
  • 1 batang daun saderi cincang
  • 2 ulas bawang putih cincang
  • 2 sudu cuka makan
  • 1 sudu daun oregano kering
  • 2 tin tomato cincang
  • 100g keju cincang / cheddar
  • 100g keju red Leicester cincang
  • 1 bungkus jejari ikan dibeli
  • 350ml air

Cara penyediaan

  1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Goreng bawang, lobak dan daun saderi sehingga lembut. Tambahkan bawang putih dan masak lagi sehingga naik bau.
  2. Tambahkan cuka masakan dan biar ia sehingga sedikit berbuih. Masukkan daun oregano, tomato tin, 350ml air dan biar ia mendidih seketika.
  3. Sementara itu, rebus pasta dalam air yang dicampur sedikit garam. Panaskan oven sehingga suhu 180°C.
  4. Hancurkan adunan sos tomato yang dimasak tadi sehingga agak hancur. Campur bersama rebusan pasta.
  5. Masukkan pasta kuali pembakar. Tabur kedua-dua jenis keju cincang di bahagian atas. Hiaskan beberapa keping jejari ikan di atasnya.
  6. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama kira-kira 20 minit.

Sejukkan pasta sebelum dihidangkan kepada anak-anak.


10. Burger Ikan Krispi

Bahan-Bahan

  • 4 ketul filet ikan putih
  • 50g tepung
  • 2 biji telur dipukul
  • 150g serbuk roti
  • Garam dan serbuk lada
  • ½ serbuk paprika
  • 2 sudu minyak sayuran
  • 4 biji roti burger atas bawah
  • 8 helai daun salad
  • 100 ml mayonis
  • 1 sudu jus lemon
  • 1 ulas bawang putih cincang
  • 2 sudu daun bawang dicincang

Cara penyediaan :

  1. Panaskan oven sehingga suhu 190°C
  2. Campurkan mayonis, jus lemon, bawang putih cincang dan daun bawang cincang. Kacau rata dan biarkan seketika.
  3. Sediakan dalam 3 pinggan dan mangkuk berbeza bagi telur, tepung dan serbuk roti. Masukkan sedikit garam dan serbuk lada ke dalam tepung. Serbuk roti pula dicampurkan dengan serbuk paprika.
  4. Pnaskan minyak masak untuk gorengan deep frying.
  5. Ikuti langkah menggoreng ikan dengan memulai dari mencelup ikan ke dalam tepung, diikuti celupan ke dalam telur dan seterusnya ke dalam serbuk roti. Goncangkan sedikit ikan yang telah disalut sebelum dimasukkan ke dalam minyak panas. Goreng sehingga ikan berwarna kekuningan.
  6. Sediakan sepasang roti atas bawah di atas sebiji pinggan. Letakkan salad, diikuti dengan kepingan ikan dan diakhiri dengan meletakkan topping mayonis pada roti sebelah atas.

Burger ikan krispi sedia untuk dihidangkan.


Puri Ikan Untuk Bayi

10 resepi ikan yang menyelerakan di atas belum sesuai untuk dinikmati bayi. Bayi juga perlu diajar supaya menggemari ikan sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya.

Umur paling sesuai menyuap bayi dengan makan lembut seperti puri adalah antara umur 6 sehingga 9 bulan dan ke atas.

Tekstur puri ikan sangat lembut dan selamat untuk dimakan oleh bayi anda. Tetapi jangan lupa untuk memastikan tiada tulang ikan yang tertinggal di dalamnya sewaktu penyediaan puri.

Ini resepi mudah penyediaan puri ikan bagi ibu-ibu di rumah :

Kaedah 1 : Puri Ikan Dengan Campuran Susu

  1. Stim atau rebus filet ikan antara 7 sehingga 8 minit sehingga ia benar-benar masak.
  2. Kisar ikan menggunakan blender atau pengisar makanan. Anda boleh juga lenyek tekstur ikan menggunakan sudu atau garfu. Campurkan dengan susu ibu atau susu formula.
  3. Sediakan satu dulang kiub ais yang kosong. Masukkan puri yang telah dilenyekkan tadi ke dalam setiap lubang kiub ais dengan menggunakan sudu.
  4. Simpan dalam peti ais. Keluarkan, cairkan dan gaul sehingga menjadi seperti bubur nasi. Suap bayi anda apabila puri telah kurang sejuk.

Kaedah 2 : Puri Ikan Berkeju

  1. Sediakan filet ikan tanpa tulang dalam mangkuk gelombang ketuhar. Campurkan sedikit susu dan mentega. Bakar dalam mirowave sehingga ikan masak.
  2. Sediakan beberapa biji tomato yang telah dibuang kulit dan bijinya serta beberapa biji kentang yang telah direbus. Masak selama dua minit dengan dengan mentega. Campurkan 40g keju parut. Gaul sehingga rata.
  3. Campurkan kedua-dua bahan yang telah dimasak ini iaitu ikan, tomato dan kentang hancur. Lenyekkan sehingga kesemua bahan resepi benar-benar hansur dan lembut. Anda juga boleh menggunakan pengisar makanan.
  4. Sedia untuk dihidangkan kepada bayi anda.

Kaedah 3 : Sup Puri Ikan Bersayur Resepi India

  1. Sediakan campuran sayur seperti kacang pis, lobak merah, kubis bunga dan kentang.
  2. Panaskan minyak. Seterusnya masak jintan dan bawang.
  3. Seterusnya masukkan tomato yang telah dicincang. Gaul seketika.
  4. Tambahkan semua sayuran dan filet ikan tanpa tulang. Kacau sehingga ikan hampir masak.
  5. Masukkan 1-2 cawan air. Letak kira-kira satu cubit serbuk kunyit dan jintan manis.
  6. Masak sehingga kuah kelihatan mendidih. Sambil itu, anda boleh lenyekkan ikan dengan menggunakan sudu atau senduk. Ikan perlu dipastikan benar-benar lembut sebelum diberikan kepada bayi.
  7. Tutup api. Suap kepada bayi anda apabila makanan telah sejuk.

TIPS BONUS

Ikan Terbaik Untuk Diperkenalkan Kepada Bayi dan Kanak-Kanak

Untuk bayi dan kanak-kanak, seelok-eloknya pilihlah ikan yang rendah kandungan merkurinya. Antara ikan yang rendah kandungan merkuri ialah :

  • Salmon segar
  • Ikan talapia
  • Ikan keli
  • Ikan kod
  • Tuna
  • Ikan bilis

Ikan yang mempunyai kandungan merkuri yang tinggi adalah seperti :

  • Tuna dalam tin
  • King Mackerel
  • Jerung
  • Swordfish
  • Marlin

Pilihan Editor :

Ayam Brand Sweet Cup Corn

Ramly Tempura Fish Fillet

ASD Non Stick Wok & Stainless Steel Cover

 

 

Get Reviews Widget

Leave a review

You may also like...