HomeBlogAnak Saya Kerap Sakit Perut. Adakah Ia Normal?

Anak Saya Kerap Sakit Perut. Adakah Ia Normal?

“Doktor, anak saya kerap mengadu sakit perut sehinggakan dia berguling-guling menahan sakit. Saya bawa berjumpa doktor tetapi diberitahu bahawa sakit perut normal di kalangan kanak-kanak. Ianya kerap kali datang tetapi bukan disebabkan sembelit. Apabila sakit perut hilang, dia akan kembali aktif seperti biasa. Mengapa doktor?”

Masalah sakit perut di kalangan kanak-kanak kerap sekali berlaku. Sakit perut yang tidak dapat digambarkan kerana mereka tidak pula kerap ke tandas ataupun sembelit. Ianya datang secara tiba-tiba dan akan hilang selepas beberapa ketika. Adakah sakit perut sebegini normal di kalangan kanak-kanak?

Perlu diketahui bahawa sakit perut boleh disebabkan oleh masalah yang tidak serius ataupun serius sehingga perlu berjumpa dengan doktor pakar kanak-kanak. Sebagai ibubapa anda perlu peka terhadap anak anda dan segera berjumpa doktor jika mereka kerap mengalami sakit perut.

Proses mengenalpasti kesakitan yang dialami

Kebiasaannya doktor akan bertanyakan rekod perubatan anak dengan selengkapnya untuk mengetahui punca kesakitan tersebut. Jika si kecil mengalami kesakitan yang teramat sehingga berguling-guling dan menangis, boleh jadi ianya sesuatu yang serius. Ada sesetengah kanak-kanak mengalami simptom sampingan seperti muntah dan cirit-birit. Bukan itu sahaja, turut timbul ruam di badan atau kaki, bengkak di sendi atau anggota tubuh yang lain. Semua ini perlu diperhatikan oleh ibubapa agar doktor boleh melakukan pemeriksaan.

Pemeriksaan fizikal akan dijalankan dan pemeriksaan ultrasound perut (abdominal ultrasound) adalah kaedah yang terbaik untuk memastikan tiada masalah pada organ dalaman di abdomen contohnya buah pinggang, hati, limpa, usus, kelenjar limfa dan juga mungkin ovari buat kanak-kanak perempuan. Ketahuilah bahawa gastrik bukan sahaja boleh melanda orang dewasa, malah kanak-kanak juga boleh turut mengalaminya. Ianya disebabkan oleh tidak mengambil makanan secara tetap, mengabaikan sarapan pagi atau mungkin jangkitan bakteria.

Selain jangkitan bakteria atau gastrik, sakit perut yang dialami oleh kanak-kanak boleh disebabkan oleh “Inflammatory Bowel Disease” atau juga dikenali sebagai radang usus. Ianya boleh menyerang kanak-kanak sama seperti orang dewasa. Semakin ramai kanak-kanak telah dikesan mengalami masalah ini dan simptom sakit perut adalah simptom yang biasa ditunjukkan oleh kanak-kanak.

Jangan ambil mudah jika anak anda mengalami sakit perut. Jika ianya berterusan, sebaiknya dibawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lebih teliti dan mengenalpasti puncanya. Sakit perut yang serius boleh menjejaskan kesihatan dan susut berat badan.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan