Kanak-kanak kini perlu memahirkan diri dengan pelajaran asas agar tidak ketinggalan. Tidak dinafikan silibus pembelajaran kian sukar seawal Darjah 1 lagi dan mereka perlu cepat. Jika ibu bapa tidak memulakan dari rumah, maka mereka akan ketinggalan jauh di dalam kelas kelak.
Cuba minta anak kecil anda menyanyikan lagu ABC, mereka pasti dapat menyanyikan tanpa sebarang masalah. Tetapi, apabila diminta menuliskan abjad, mereka akan mengalami sedikit masalah dan ada yang hanya tahu untuk menulis abjad A,B dan C sahaja. Jangan biarkan anak anda ketinggalan dalam pelajaran dengan mengajar mereka menulis abjad dengan cara yang paling kreatif.
Selain daripada membelikan mereka buku-buku latihan, ada pelbagai lagi cara lain yang kreatif untuk menarik minat mereka untuk belajar. Memaksa mereka untuk menyiapkan buku latihan mungkin sedikit membosankan, jadi gunakan kaedah mengajar yang menarik dan menggembirakan. Berikut adalah 4 cara kreatif mengajr anak anda agar mahir menulis abjad yang anda boleh cuba praktiskan:
1. Gunakan objek-objek mudah
Sebagai ibu bapa, kaedah pertama yang anda boleh gunakan adalah mengajar anak anda dengan menggunakan objek. Tuliskan abjad pada kad manila dengan bersaiz besar dan minta anak anda isikan atau ‘warnakan’ abjad tersebut dengan objek yang bermula dengan huruf yang ditulis.
Sebagai contoh, jika anda menuliskan abjad “C” sediakan coklat di dalam satu bekas dan minta anak anda memnuhkan abjed tersebut dengan coklat. Ini dapat mengajar mereka mengenali abjed serta objek-objek yang bermula dengan huruf tersebut. Jika anda mahu menjimatkan kos, anda boleh beli papan putih di kedai MR. DIY yang berharga kurang dari RM5 dan tuliskan abjad dengan menggunakan pen marker.
Table of Contents
2. Bentukkan abjad menggunakan play-doh
Kaedah kedua yang berkesan yang boleh anda lakukan adalah dengan menyediakan aktiviti membentuk abjad menggunakan “pay-doh”. Kanak-kanak amat menggemari bermain dengan play-doh dan ini daapt memberikan mereka kebebasan bermain dan dalam masa yang sama menarik minat mereka untuk belajar. Mulakan dengan abjad-abjad yang mudah untuk mereka bentuk dahulu dan kemudian tingkatkan kesukaran membentuk dengan abjad-abjad yang sukar seperti “S”.
Aktiviti ini mungkin akan menjadi sedikit kotor, maka sediakan kain atau lapikkan atas surat khabar agar play-doh tidak melekat di atas lantai dan sebagainya. Play-doh boleh didapati dalam pelbagai warna menarik untuk menarik minat anak anda pada harga yang murah.