Heinz Banana Biscotti Snack

Snek Ideal Untuk Bayi Anda

Pemenang Anugerah Kecemerlangan Produk 100Comments 2018, Heinz Banana Biscotti,  disukai oleh bayi dan ibu bapa di seluruh dunia sebagai snek lazat dan memudahkan semasa dalam perjalanan.

Ibu bapa sering berkata bahawa mengembara boleh menjadi begitu rumit lebih-lebih lagi apabila dalam masa yang sama anda harus membawa bersama si kecil. Malah, perjalanan yang singkat juga memerlukan anda sentiasa bersedia menyimpan lampin, tisu basah, alat permainan dan lain-lain barangan yang mungkin diperlukan.

Mujurlah apabila bercakap mengenai snek, anda tidak perlu meluangkan terlalu banyak masa untuk merasa bimbang tentang apa yang perlu dibawa, dengan mudahnya anda hanya memerlukan paket bungkusan Heinz Banana Biscotti. Sama ada anda ke gedung beli belah, menghantar anak-anak ke rumah pengasuh atau malah menyediakan bekalan rehat untuk anak-anak makan di pusat tadika, makanan snek jejari yang berbeza kesedapannya ini merupkana snek ideal untuk keluarga yang boleh dibawa ke mana sahaja.

Saiz Pembungkusan Yang Sempurna

Heinz Banana Biscotti ini dihasilkan khas untuk bayi dan kanak-kanak kecil dan ia boleh dilihat! Biscottis yang menarik ini adalah saiz yang sempurna untuk genggaman jari-jari si kecil, menjimatkan masa para ibu untuk memecahkan snek ringan yang enak menjadi kepingan kecil.

Mudah Dibawa Ke Mana Sahaja

Setiap paket Heinz Banana Biscotti hanya seberat 60 gram. Saiznya yang kecil dan ringan menjadikan sungguh mudah untuk anda membawanya ke mana sahaja dengan beg tangan, beg galas, malah dalam poket seluar anda. Dengan Heinz Banana Biscotti di dalam tangan, anda tidak perlu lagi risau akan perut yang meragam!

Snek Hebat Untuk Perut Lapar

Heinz Banana Biscotti dicipta dengan begitu sempurna untuk bayi, dengan kunyahan lembut yang melembutkan dalam mulut si kecil. Anda juga boleh meratakan puri buah-buahan di atasnya untuk rangsangan tambahan. Seandainya anda merasakan biscotti itu terlalu keras untuk bayi anda, anda boleh memilih dengan melembutkan ia dengan air susu atau air suam.

Kunyahan Kecil Yang Sedap

Heinz Banana Biscotti dihasilkan dengan bahan-bahan berkualiti tinggi dan zat besi, yang merupakan bahagian penting dalam diet seorang kanak-kanak. Ini bermakna bahawa ia tidak mengandungi sebarang pewarna tiruan, perasa atau bahan pengawet, yang mana menjadikan pengambilannya lebih selamat untuk bayi.

Heinz Banana Biscotti – Snek Biskut Hebat Untuk Bayi Dalam Perjalanan

Rasa yang lazat, Heinz Banana Biscotti adalah makanan ringan yang selayaknya untuk anak anda. Kepadatan dan kerangupan Biscottis akan membuatkan bayi anda tersenyum dengan rasa yang hebat dan rasa pisang semulajadi yang manis. Bawalah ia ke mana sahaja supaya bayi anda boleh menikmati Heinz Banana Biscotti di mana sahaja dan bila-bila pada masa anda membawa mereka keluar.

Heinz Banana Biscotti Snack

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web www.facebook.com/myheinzbaby .

Semak beberapa ulasan mengenai Heinz Banana Biscotti.