Pilihan Makanan Jejari Untuk Bayi
Pemenang Anugerah Kecemerlangan Produk 100Comments 2018, Heinz Chocolate Biscotti, disukai oleh bayi dan ibu bapa di seluruh dunia sebagai makanan jejari yang berbeza.
Makan makanan jejari adalah menyeronokkan untuk bayi anda. Rasa dan tekstur yang baharu membantu merangsang minda bayi anda, disamping kemampuan untuk menyentuh dan memegang makanan untuk perkembangan sistem kemahiran motor dan koordinasi mata dan tangan mereka.
Seiring dengan pertumbuhan bayi dan bermulanya kemampuan makan makanan berbentuk pepejal, adalah amat penting untuk membekalkan mereka dengan makanan yang sihat dan menyeronokkan. Heinz Chocolate Biscotti adalah makanan jejari yang lazat dan berbeza yang pasti membuatkan anak-anak anda menyukainya. Ia adalah makanan jejari yang sempurna sebagai sebahagian daripada gaya hidup anak anda.
Umpama Biskut Buatan Sendiri Yang Anda Boleh Miliki
Heinz Chocolate Biscotti berpandukan kepada resipi Itali yang unik, menggunakan jenis bahan-bahan sama seperti yang anda miliki di rumah. Setiap bahan dipilih dengan teliti berdasarkan kepada rasa, tekstur, dan kebaikannya.
Piawaian Premium
Heinz begitu mementingkan makanan bayi sama seperti yang anda lakukan. Untuk mengekalkan kualiti, mereka sentiasa menggunakan bahan-bahan premium. Ini bermakna, setiap bahan yang menghasilkan Heinz Chocolate Biscotti telah melepasi ujian yang ketat supaya anda mengetahui kandungannya yang bebas dari bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan. Hanya kebaikan dan ramuan yang lazat.
Sempurna Untuk Mulut Si Kecil
Heinz Chocolate Biscotti direka dengan sempurna untuk bayi, dengan kunyahan lembut yang melembutkan dalam mulut si kecil. Sama ada untuk hidangan minum petang atau snek sementara semasa dalam perjalanan, si kecil anda dapat menikmati keenakan rasa Heinz Chocolate Biscotti. Seandainya anda merasakan biscotti itu terlalu keras untuk bayi anda, anda boleh memilih dengan melembutkan ia dengan air susu atau air suam.
Makan Di Rumah Atau Ketika Anda Di Luar
Sama ada anda makan semasa di rumah atau ketika dalam perjalanan, Heinz Chocolate Biscotti adalah snek kecil hebat yang menghalang bayi dari rasa lapar. Biskut yang lazat ini bersaiz sempurna untuk genggaman tangan si kecil, menjadikan ia yang terbaik untuk keluarga semasa dalam perjalanan.
Heinz Chocolate Biscotti – Pilihan Yang Lazat
Heinz Chocolate Biscotti adalah snek makanan ringan yang ideal untuk bayi anda. Diperkaya dengan zat besi, setiap snek biscotti mengandungi 8 vitamin dan mineral utama yang merupakan tambahan hebat untuk diet anak-anak anda. Direka untuk bayi berusia 7+ bulan ke atas, rasa coklat yang penuh dan kunyahan yang mengembirakan adalah suatu kenikmatan untuk anak-anak anda.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web www.facebook.com/myheinzbaby.
Semak beberapa ulasan mengenai Heinz Chocolate Biscotti.