Begitu Banyak Yang Perlu Anda Sukai Tentang Minyak Masak Alif !
Pemenang Anugerah Produk Kecemerlangan 100Comments 2018, Minyak Masak Alif merupakan pilihan yang diyakini oleh setiap keluarga yang menghargai kesihatan yang baik, rasa hidangan yang hebat dan hubungan kekeluargaan yang erat.
Selepas penat menjalani tugas seharian di tempat kerja, tiada yang lebih berharga selain daripada saat pulang ke rumah untuk menikmati hidangan yang dimasak dengan penuh rasa kasih sayang sambil dikelilingi seluruh ahli keluarga tercinta. Apa yang lebih indah adalah rasa keenakan istimewa dalam setiap hidangan, hasil sentuhan minyak masak Alif.
Minyak Masak Alif Dihasilkan Daripada Minyak Masak Berkualiti
Minyak sawit merupakan sumber semula jadi Vitamin E iaitu nutrisi yang merupakan bahan anti oksida. Bahan anti oksida ini melindungi asid lemak tak tepu daripada mengalami proses semulajadi. Oleh itu, ia menghalang pembebasan radikal-radikal bebas yang mampu merosakkan sel badan manusia, menurunkan tahap kolestrol, mengurangkan risiko penyakit strok dan serangan jantung serta membantu mencegah beberapa jenis penyakit kanser yang bahaya.
Minyak Masak Alif Amat Mudah Dihadam
Kebaikan Minyak Masak Alif yang mudah dihadam oleh sistem pencernaan juga menjadikan ia tidak kekal dalam usus anda untuk jangka masa yang panjang. Ianya dapat mencegah rasa kembung perut selepas anda makan. Ini membuktikan bahawa Minyak Masak Alif merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang mengalami masalah sistem pencernaan yang sukar dilawas. Dengan ini, anda tidak perlu lagi risau tentang rasa ketidakselesaan dalam perut selepas anda makan.
Minyak Masak Alif Rendah Kolestrol
Minyak masak ini hanya mengandungi kadar kolestrol yang rendah iaitu kurang daripada < 5ppm. Ini bermakna anda boleh mengambil hidangan yang dimasak dengan menggunakan Minyak Masak Alif tanpa perlu risau mengenai paras kolestrol dalam darah anda.
Minyak Masak Alif Stabil Pada suhuYang Tinggi Dimana Ianya Amat Sesuai Untuk Gorengan Celur
Minyak Masak Alif mempunyai daya ketahanan yang lebih tinggi terhadap proses oksidasi. Proses oksidasi merupakan punca kerosakan mutu makanan dan menghasilkan bau yang kurang enak. Ini menjadikan minyak ini sesuai untuk gorengan celur atau gorengan rendam secara berulang- kali. Ia juga membantu mengekalkan kerangupan pada makanan yang digoreng.
Minyak Masak Alif Mengandungi Lemak Poli Tak Tepu (PUFA) Yang Rendah
Pernahkan anda cuba mengelakkan diri daripada menggoreng makanan hanya kerana bimbang akan kesan percikan minyak pada lantai dan dinding? Dengan Minyak Masak Alif, kebimbangan anda itu akan berakhir kerana kandungan PUFA yang rendah dalam minyak masak Alif mengurangkan kadar percikan minyak sewaktu memasak. Minyak Masak Alif juga tidak mengalami proses tindak balas polimerisasi yang menyebabkan makanan melekat ketika dimasak. Ini bermakna keenakan rasa makanan akan dapat dikekalkan.
Minyak Masak Alif Bebas Lemak Trans
Minyak Masak Alif bebas dari lemak trans kerana keunikan komposisi asid lemaknya yang menjadikan ia stabil secara semulajadi dan dengan ini mengelakkan daripada keperluan proses hidrogenasi. Ini membantu memelihara kesihatan jantung dan kesihatan lain secara umumnya. Siapa kata anda perlu hidup dengan makanan yang tidak enak dan membosankan untuk kekal sihat sepanjang hidup? Dengan Minyak Masak Alif, anda boleh menikmati apa jua jenis hidangan yang anda gemari termasuk kek!
Pilihlah Minyak Masak Alif Untuk Makanan Sihat Setiap Hari
Diperkaya dengan vitamin E dan berkualiti tinggi, Minyak Masak Alif begitu ideal untuk semua jenis masakan termasuk gorengan biasa, gorengan celur atau rendam, menumis dan memanggang. Maka tidak hairanlah ia dikenali sebagai minyak masak sayuran asli paling popular yang menjadi pilihan pengguna di Malaysia. Ia mampu menjadikan hidangan anda lebih lazat y lebih sihat dan lebih lengkap!
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web www.facebook.com/OfficialMinyakMasakAlif
Ketahui mengapa pembaca kami menggemarinya!