Persiapan Penyusuan Ibu Bekerjaya
Setiap ibu baru pasti mengimpikan untuk menyusukan bayi mereka secara eksklusif sekurang-kurangnya enam bulan pertama kelahiran bayi. Walau bagaimanapun, bukan semua ibu berjaya menangani cabaran dalam menyusukan anak terutama buat mereka yang bekerjaya. Ramai ibu bekerjaya yang meluahkan rasa kesal kerana tidak mampu untuk terus memberikan susu badan kepada bayi mereka sebaik sahaja mereka mula bekerja. Antara punca yang menyebabkan hasrat murni mereka ini terbantut adalah kerana pengeluaran susu badan mereka semakin menurun, tiada pengetahuan dalam teknik pemerahan dan penyimpanan susu, kurang sokongan daripada orang terdekat, anak keliru puting, kekangan masa ketika di pejabat dan sikap majikan yang tidak menyokong penyusuan susu ibu. Disebabkan alasan-alasan di atas menyebabkan ramai ibu baru berputus asa untuk menawarkan susu badan mereka kepada si manja. Akibatnya, si manja terlepas khasiat susu ibu yang merupakan antibodi dan makanan terbaik untuk bayi. Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, ibu baru disarankan untuk melengkapkan diri dengan ilmu penyusuan dan bersedia bergelar ibu semasa hamil lagi. Kurangnya pengetahuan tentang persediaan penyusuan bagi ibu bekerjaya menyebabkan masalah ini terjadi. Beberapa faktor seperti tiada masa, renyah untuk berulang-alik menyusukan bayi dan pengeluaran susu semakin sedikit menjadi penyebab ibu baru untuk menukar susu ibu kepada susu formula. Persiapan Sebelum Mula Bekerja … Continue reading Persiapan Penyusuan Ibu Bekerjaya
Copy and paste this URL into your WordPress site to embed
Copy and paste this code into your site to embed