Penjagaan & Kebersihan Oral Kanak-kanak

Penjagaan kulit kanak-kanak adalah salah satu perkara penting yang sering ibu bapa titikberatkan. Tanpa disedari, salah satu penjagaan dalam tubuh kanak-kanak yang kerapkali diabaikan ialah kebersihan oral kanak-kanak. Sebagai ibu bapa, penting untuk anda memupuk amalan yang baik dalam diri anak-anak supaya manfaatnya akan dapat mereka rasai sehingga besar. Salah satunya adalah memupuk amalan penjagaan dan kebersihan oral. Kesihatan oral yang baik perlu bermula sejak awal, dan dipupuk secara berperingkat mengikut perkembangan anak anda. Fakta: Salah satu gejala kronik yang sering melanda kanak-kanak ialah masalah karies gigi. Dikatakan karies gigi di kalangan kanak-kanak berlaku lima kali lebih kerap berbanding asma. Masalah Gigi Kerosakan gigi dan kaviti adalah disebabkan oleh karies, iaitu penyakit yang boleh merosakkan struktur gigi. Amalan kebersihan oral yang baik adalah penting dalam mencegah masalah karies di kalangan kanak-kanak. Kebersihan oral yang baik juga merupakan titik aras untuk melindungi kanak-kanak daripada masalah-masalah gigi seperti di bawah: Plak: Masalah ini sering terlepas pandang kerana plak tidak jelas kelihatan. Benda putih akan terhasil dan melekat pada gigi apabila makanan bercampur dengan bakteria dan air liur. Pereputan gigi: Masalah ini berlaku apabila lubang kecil atau kaviti terbentuk di dalam gigi. Plak adalah punca utama kepada masalah pereputan gigi, terutamanya apabila gula … Continue reading Penjagaan & Kebersihan Oral Kanak-kanak