Pelajari Cara Terbaik Untuk Membasuh Botol Susu Bayi

Penjagaan bayi bukan lah mudah seperti yang difikirkan. Bayi amat sensitif dan perlu dijaga dengan teliti dari segi pemakaian, makanan, alatan yang digunakan dan sebagainya. Sebagai ibu bapa yang prihatin, pasti anda mahukan yang terbaik buat bayi anda. Oleh itu, mari pelajari satu perkara yang sering kali diambil mudah oleh ibu bapa iaitu proses mencuci botol susu. Botol susu adalah alatan yang digunakan setiap hari, maka ianya penting untuk bersihkannya dengan teliti. Botol susu perlu dibersihkan dengan khusus agar ianya selamat untuk digunakan. Mencuci botol susu bayi tidak sama seperti kita membersih pinggan mangkuk. Ianya memerlukan penggunaan sabun khas dan sebagainya. Berikut adalah cara terbaik untuk menbasuh botol susu bayi agar bersih dan selamat untuk digunakan: 1. Menggunakan sabun yang sesuai Lebihan susu akan meninggalkan kesan pada botol susu yang agak sukar untuk dibersihkan dengan hanya menggunakan air. Oleh itu, ianya amat disarankan untuk menggunakan sabun ketika mencuci. Pemilihan sabun perlulah dilakukan dengan teliti. Ini kerana, sabun biasa mengandungi tahap sabun yang tinggi dan kesan-kesan sabun yang tertinggal boleh membahayakan bayi. Gunakan sabun khas untuk mencuci botol susu bayi yang lembut dan terbukti selamat. Sabun sebegini amat lembut untuk digunakan dan mampu menghilangkan kesan-kesan minyak daripada susu dengan sepenuhnya. 2. … Continue reading Pelajari Cara Terbaik Untuk Membasuh Botol Susu Bayi