Menjawab Isu Vaksin dari Kacamata Islam
Segelintir ibu bapa masa kini enggan memberikan vaksin kepada anak mereka ekoran timbulnya desas-desus tentang keburukan vaksin. Natijahnya, kanak-kanak terdedah kepada penyakit berjangkit dan merbahaya. Ketahui pemberian vaksin dari perspektif Islam bersama Dr Fahisham Taib. Apa itu vaksin? Vaksin – bahan yang dihasilkan dari mikroorganisma yang diberi pada kanak kanak atau orang dewasa untuk merangsang imuniti dan mengelakkan penyakit berjangkit. Imunisasi adalah proses meningkatkan ketahanan badan terhadap penyakit berjangkit samada secara pasif atau aktif. Imunisasi pasif berlaku apabila manusia disuntikkan dengan antibodi yang tersedia untuk menghalang penyakit-penyakit tertentu. Imunisasi aktif pula berlaku apabila badan manusia dirangsang untuk menghasilkan antibodi dengan pendedahan kepada vaksin atau agen penyakit berjangkit. Dari segi Islam, vaksin adalah penting kerana Islam amat menitik beratkan tentang kesihatan dalam segenap aspek kehidupan. Menjaga nyawa adalah agenda yang kedua penting dalam Islam selepas menjaga akidah. Mencegah lebih baik Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia telah membenar dan mengharuskan penggunaan vaksin dalam kalangan orang Islam. Kebanyakan ulama berpandangan bahawa vaksinasi adalah satu keperluan untuk menjaga maslahat umat Islam. Dari sudut negara contohnya, Arab Saudi mengenakan vaksin meningitis supaya jemaah haji tidak mendapat bakteria meningitis yang membunuh jemaah saban tahun. Dari sudut masyarakat, vaksin dilihat memberi perlindungan bukan sahaja kepada anak-anak tetapi kepada orang dewasa juga. Contoh … Continue reading Menjawab Isu Vaksin dari Kacamata Islam
Copy and paste this URL into your WordPress site to embed
Copy and paste this code into your site to embed