Penularan virus Zika di seluruh dunia memberikan amaran di kebanyakan negara. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ia adalah nyamuk yang sama yang mengakibatkan denggi, chikungunya dan demam kuning. Bagi mengelakkan virus Zika, anda hanya memerlukan pelan sokongan untuk melindungi diri anda daripada gigitan nyamuk. Terdapat beberapa cara untuk mengelak daripada dijangkiti penyakit ini walaupun cara yang paling berkesan adalah untuk mengelakkan daripada digigit. Berikut adalah lima langkah untuk melindungi diri anda daripada digigit oleh nyamuk yang dijangkiti virus Zika: Dapatkan ubat penghalau nyamuk dan gunakan setiap hari Tidak kira sama ada anda di dalam atau luar rumah, sapukan ubat penghalau nyamuk di seluruh badan anda. Untuk kemudahan anda, ubat penghalau nyamuk kini boleh didapati dalam pelbagai bentuk; semburan, losyen, roll-on balm dan juga patch pelekat. Sesetengah orang bimbang tentang bahan kimia yang terkandung dalam ubat penghalau nyamuk, tetapi ia adalah jauh lebih berisiko jika anda tidak memakainya. Pakai pakaian yang bersesuaian Semasa keluar rumah, elakkan memakai seluar khaki atau leggings ketat kerana nyamuk boleh menggigit melalui kain-kain tersebut, pilih kain yang lebih tebal seperti denim. Beralih kepada seluar panjang, baju lengan panjang dan kasut tertutup untuk perlindungan yang lebih baik. Jaga rumah anda Hanya dengan satu sudu air boleh menjadi … Continue reading Zika Mencegah Lebih Baik
Copy and paste this URL into your WordPress site to embed
Copy and paste this code into your site to embed