Cara Membasuh Selimut Bayi Agar Kekal Lembut Dan Tahan Lama

Selimut bayi akan digunakan buat jangka masa yang panjang. Selimut adalah salah satu barangan yang akan bersama si manja dari lahir sehinggalah besar. Ada kanak-kanak yang masih menyimpan selimut bayi mereka sama seperti “bantal busuk”. Oleh itu, anda perlu menjaga selimut bayi dengan penuh cermat agar ianya tahan lama dan tidak mudah rosak. Untuk memastikan selimut bayi tahan lama, tumpukan pada cara anda mencuci selimut bayi tersebut. Sesetengah fabrik tidak boleh dicuci dengan menggunakna suhu air yang terlalu panas, tidak boleh dikeringkan menggunakan mesin pengering dan sebagainya. Berikut adalah cara-cara untuk mencuci selimut bayi dengan betul dan mudah agar ianya tahan lama: 1. Rendam denganĀ air panas Barangan bayi perlu dicuci dengan sebaik-baiknya. Anda perlu memastikan bahawa selimut bayi bebas daripada kuman dan bakteria kerana selimut berada dekat dengan bayi pada setiap masa. Tips utama untuk membersihkan selimut bayi adalah dengan merendam dalam air panas. Hal ini bertujuan untuk membunuh kuman-kuman yang ada melekat pada selimut bayi. Rendamkan selimut seketika sebelum memulakan proses pencucian. 2. Gunakan sabun khas Kulit bayi amat sensitif dan lembut. Dinasihatkan untuk membersihkan selimut bayi dengan menggunakna sabun khas mesra bayi sahaja. Sabun biasa amat kasar buat kulit bayi dan boleh mengakibatkan gangguan kulit seperti alahan, ekzema, … Continue reading Cara Membasuh Selimut Bayi Agar Kekal Lembut Dan Tahan Lama