Adakah Penting Untuk Sendawakan Bayi Selepas Menyusu?
Kehidupan sebagai ibu bapa bukan mudah seperti yang dibayangkan. Terutama sekali kepada ibu bapa yang baru menimang cahaya mata pertama, akan terasa sedikit panik apabila bayi tiba-tiba menangis berterusan tanpa sebarang sebab. Lebih merisaukan lagi apabila si manja tidak mahu menyusu dan berterusan menangis. Apa yang harus anda lakukan? Jika anda sudah pastikan keadaan bayi selesa, suhu bilik nyaman, tiada sebarang serangga yang mengganggu dan sebagainya, mungkin bayi anda mengalami kembung perut. Keadaan kembung perut ini membuatkan bayi tidak selesa dan kebiasaannya berlaku selepas selesai memberi susu. Jika bayi anda mula menangis selesai sahaja diberikan susu, ketahui lah bahawa anda sudah terlupa melakukan satu langkah yang penting sebelum menidurkan si manja. Sendawakan si manja Sendawakan bayi andalah langkah yang amat penting sebelum membiarkan bayi anda terus tidur. Hal ini kerana apabila bayi sedang menyusu, meereka juga akan turut menelan udara. Keadaan ini lah yang menyebabkan kemungkinan bayi untuk mengalami kembung perut atau muntahkan kembali susu. Sebagai ibu bapa, anda perlu melakukan sesuatu supaya bayi anda sendawa. Malah, proses sendawa ini juga mampu mengelakkan bayi daripada tersedak susu. Sebab itu lah menyendawakan bayi amat penting sekali dan jangan sesekali terlupa melakukan langkah ini. Apabila bayi mengalami kembung perut, mereka akan berasa … Continue reading Adakah Penting Untuk Sendawakan Bayi Selepas Menyusu?
Copy and paste this URL into your WordPress site to embed
Copy and paste this code into your site to embed