5 Alasan Pilih Sekolah Antarabangsa Islamik

Adakah anda berhasrat untuk menghantar anak ke sekolah antarabangsa? Namun, rancangan anda tergendala kerana memikirkan si anak juga perlu mendapat pendidikan formal tentang Islam di sekolah. Usah risau Mama! Ketahui 5 alasan utama untuk masukkan permata hati anda ke sekolah antarabangsa Islamik! Sekolah antarabangsa Islamik kini menjadi semakin popular di kalangan ibu bapa khususnya yang beragama Islam kerana ibu bapa sedar pembelajaran akademik dan agama perlu seimbang untuk masa depan anak-anak. 5 Alasan Belajar di Sekolah Antarabangsa Islamik Kaifa haluka? How Are You? Apa Khabar? Seronoknya bergelar pelajar sekolah antarabangsa Islamik apabila anak anda dapat menguasai tiga bahasa penting; bahasa Arab, bahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu. Bahasa Melayu menjadi bahasa pertuturan di rumah, sementara dua lagi bahasa iaitu bahasa Arab dan Inggeris digunakan secara rasmi di dalam kelas dan juga di sekolah. Kurikulum antarabangsa Rata-rata sekolah antarabangsa Islamik turut menggunakan kurikulum antarabangsa lain seperti Baccalaureate Antarabangsa sebagai kurikulum bersama. Perkara ini turut memberi manfaat kepada pelajar kerana akan memudahkan mereka untuk menyambung pengajian di mana-mana universiti terkemuka di dalam dan luar negara. Muslim sejati Belajar di sekolah antarabangsa Islamik membolehkan anak anda untuk mendapat ilmu agama dan melengkapkan diri sebagai Muslim sejati. Para pelajar akan dibentuk untuk menjadi Muslim … Continue reading 5 Alasan Pilih Sekolah Antarabangsa Islamik